Seorang lelaki memainkan seruling untuk menarik perhatian rakun, apa yang menakjubkan ia menarik sebilangan besar ekor rakun seperti dalam sebuah cerita rakyat.

Anda pasti pernah mendengar cerita rakyat dari Jerman, Rattenfänger von Hameln. Kisah ini berlaku pada tahun 1284 di mana terdapat sebilangan ramai ekor tikus di kampung. Menyebabkan penduduk kampung berdepan dengan masalah populasi tikus, kemudian muncul seorang pemain seruling yang menghipnosis tikus-tikus tersebut menuju ke sungai dan melemaskan mereka.

Walaupun ini adalah cerita rakyat, namun versi sebenar “piper” nampaknya berada di New York di Amerika Syarikat. Seorang lelaki dengan topi mengeluarkan seruling dan mula memainkannya.

Satu detik yang menakjubkan telah berlaku, rakun telah mula keluar dari semak hutan. Seperti dalam cerita rakyat itu, rakun itu mula menghampiri lelaki tersebut. Lama-kelamaan beberapa ekor rakun mula mengelilingi lelaki tersebut.

Orang ramai yang menyaksikannya berasa sungguh kagum dan seram akan kebolehan lelaki ini bermain seruling. Ia seolah-oleh dalam dunia fantasi membiarkan rakun-rakun tersebut menenangkan diri sambil mendengar muzik.

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds