Tidak ada apa lebih merimaskan ketika menahan air kencing apabila anda benar-benar ingin melepaskannya, seperti apa yang dilalui oleh lelaki ini. Ia merupakan detik-detik yang anda harus pilih sebelum melegakan diri anda.

Seorang lelaki warga Taiwan ini, benar-benar keliru ketika dia bergegas ke bilik air dan tidak dapat membuat keputusan bahawa pintu yang harus dimasukinya. Dia mengambil gambar kedua-dua pintu bilik air itu dan memuat naik pada laman kumpulan Facebook yang popular, meminta bantuan kerana dia keliru dengan papan tanda pintu.

Sumber: Yahoo TW

Para netizen yang melihat foto-foto itu berasa terhibur, kerana papan tanda itu menunjukkan bentuk seekor gajah yang diletakkan pada pintu dan zirafah pada pintu sebelah. Melihatnya sedemikian juga membuatkan kita keliru! Beliau berkata bahawa tanda-tanda ini terlalu “kreatif” dan dia tidak berani masuk, takut bahawa dia akan memasuki tandas yang salah.

Dalam perkongsiannya, dia bertanya, “Yang mana satu bilik air lelaki? Ia benar-benar mendesak, tolong bantu!”

Komen lucu dari netizen membanjiri perkongsian tersebut, beberapa komen tersebut mengatakan bahawa dia harus masuk dahulu untuk memastikannya jika ia tidak dapat menahan lagi. Terdapat juga komen seperti, “Ini adalah tandas khas untuk gajah dan zirafah, bukannya untuk manusia jadi anda harus terus mencari tandas untuk manusia!” Dan juga terdapat komen mengatakan “Kencing sahaja di pintu, nampaknya pemilik kedai tidak mahu pelanggan mereka tahu pintu manakah mereka harus masuk.”

Sumber: Yahoo TW

Sekarang bagi anda, yang manakah merupakan tandas lelaki dan perempuan? Akhirnya, lelaki malang ini mendapat jawapan dan membalas salah satu komen seseorang yang menjelaskan bahawa logo gajah itu adalah untuk lelaki manakala zirafah dimaksudkan untuk wanita. Tetapi bagaimana?

Oleh kerana komentar masih tidak berpuas hati dengan jawapan lelaki tersebut, Mereka melakukan sedikit penyiasatan. Akhirnya penjelasan yang mereka dapati mengatakan bahawa belalai gajah yang menyembur air adalah seperti alat sulit lelaki manakala zirafah pula kelihatan sama dengan seorang wanita ketika membuang air kecil.

Sumber: India

Walaupun simbol-simbol “hipster” ini kelihatan sangat bergaya, tetapi kadang-kadang ia agak mengelirukan. Mungkin adalah lebih baik hanya menggunakan simbol-simbol yang mudah difahami dan bukannya terlalu kreatif.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds