Ia tidak mudah menjadi tupai. Mereka menghabiskan masa seluruh musim luruh untuk mengumpul bekalan kacang-kacangan yang cukup untuk bertahan pada musim sejuk. Mereka akan elakkan menyimpannya dalam sarang kerana ia akan mengundang haiwan lain datang dan mencuri bekalan makanan itu. Oleh itu, mereka perlu menjadi strategik tentang hal itu, kadang-kadang membuat timbunan besar tentang untuk mengaburi mata semua orang, hanya untuk menyembunyikannya di tempat yang lain.

Mujurlah, Wally si tupai dipelihara oleh Shannon Apple dan keluarganya di Parkville, Maryland, jadi Wally tidak perlu bimbang bagaimana untuk menyembunyikan bekalan makanannya. Tetapi dia masih memiliki naluri sebagai seekor tupai, dan sebagai tupai yang tinggal di dalam rumah, mencari tempat yang sesuai untuk menyimpan kacangnya menjadi masalah baginya. Sehinggalah dia mendapat idea yang baik.

Kredit: Facebook

Terdapat seekor anjing di dalam rumah tersebut yang bernama Jax. Anjing berbadan besar ini sering dijadikan tempat untuk Wally berlatih memanjat. Jax juga memiliki bulu yang lembut dan tebal, ternyata Wally mendapat idea setelah melihat bulu Jax. Tanpa melihat keadaan sekeliling sebelum menyorokkan kacang tersebut, Wally pasti yakin tiada siapa yang melihat tindakannya yang comel tersebut.

 

Wally menjadikan bulu Jax sebagai lokasi yang terbaik untuk menyorokkan kacangnya itu. Dia juga kelihatan sangat kelam kabut supaya tiada yang nampak lokasi rahsianya itu, tanpa sedar tindakannya itu sebenarnya sedang dirakam.

 

Tonton video untuk melihat adakah Wally berjaya sorokkan kacangnya dalam bulu Jax:

Kredit: KindMeal.my/Facebook

Sumber: KindMeal.my/Facebook, Inspiremore

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds