PALU – Pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan kenyataan bahawa lebih kurang 3 nyawa telah terkorban manakala 4 lagi tercedera selepas gempa bumi yang kuat mengegarkan Bali pada Khamis lalu.  Menurut kenyataan oleh Sutopo Purwo Nugroho, selaku jurucakap bagi pihak Agensi Bencana Indonesia BNPB pada laman Twitter mendedahkan bahawa beberapa buah rumah juga telah musnah apabila gempa bermagnitud 6.0 melanda Bali dan Jawa Timur.

Kredit: The Sydney Morning Herald

Indonesia masih lagi terasa bahang akibat gempa bumi dan tsunami bulan lalu yang mengorbankan sekurang-kurangnya 2045 orang, manakala 5000 orang lagi masih hilang. Tabung Kewangan Antarabangsa dan pinjaman Bank Dunia juga akan mengadakan mesyuarat tahunan yang dihadiri oleh lebih 19,000 orang delegasi antarabangsa di Bali hingga Ahad, melibatkan beberapa orang menteri dan pemimpin.

Di Bali, gempa bumi bermagnitud 6 melanda kepulauan Jawa dan Bali di Indonesia pada Khamis di mana ia memusnahkan beberapa buah bangunan di Timur Jawa dan menimbulkan panik dalam kalangan penduduk tempatan. Gempa itu dilaporkan berlaku di laut Bali turut mengejutkan beberapa bangunan resort pulau berkenaan serta memaksa segelintir penduduk untuk meninggalkan kediaman masing-masing di bandar Denpasar.

Selain itu, 3 kematian dilaporkan berlaku apabila bangunan runtuh ketika mangsa sedang tidur. Pihak pakar geologi Amerika Syarikat meletakkan pusat gempa lebih kurang 40 kilometer di bahagian Timur Utara Sumberanyar berhampiran kepulauan Jawa.

Masjid di Palu, Sulawesi Tengah, yang dikelilingi oleh air pada Selasa sejurus kejadian gempa dan tsunami. | Kredit: BLOOMBERG

Menurut kajian geologi Amerika Syarikat, satu gempa berlaku pada pagi Khamis di pulau New Britain di Papua New Guinea bermagnitud 7.0. Ia berpusat di 124 kilometer di Timur Kimbe dan kira-kira 200 kilometer di Barat Daya bandar Rabaul pada kedalaman hampir 40 kilometer, tepat sebelum jam 7 pagi waktu tempatan (8 pagi AEDT) pada hari Khamis.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan kenyataan pada awal pagi bahawa tiada sebarang ancaman tsunami daripada gempa yang berlaku. Pada awalnya, ancaman tsunami dikatakan wujud di lokasi gempa yang berhampiran dengan Pasifik, selain ombak tsunami juga dijangkakan berada di bawah 30 sentimeter untuk pantai Papua New Guinea dan Kepulauan Solomon yang berdekatan.

Timur Kimbe yang dilanda gempa bumi. | Kredit: GOOGLE MAPS

Ahli oseanografi pusat berkenaan, David Walsh berkata tsunami daripada gempa hanya akan menjejaskan kawasan yang berdekatan dengan pusat gempa. “Mana-mana kawasan yang jauh dikatakan tidak mungkin terjejas kerana gempa bumi berkenaan tidak begitu besan dan banyak kawasan dilindungi oleh daratan dan kepulauan”, katanya. Para saintis juga tidak mempunyai alat pengukur air yang dekat dengan tempat kejadian gempa bumi. Pusat Amaran Tsunami Australia pula berkata garis pantainya tidak berisiko.

Gempa di Papua New Guinea Gempa pada mulanya direkodkan dengan magnitud 7.3 tetapi diturunkan dan diikuti oleh gempa susulan bermagnitud 5.7 dan 5.9. Sejam kemudiannya, gempa bermagnitud 6.3 melanda bahagian Timur Utara pulau berkenaan. Mac lalu, satu gempa bermagnitud 6.6 melanda di kawasan berdekatan namun tiada sebarang kerosakan dan kematian dilaporkan.

Papua New Guinea merupakan antara negara termiskin di dunia berada di lingkaran api Pasifik yang aktif dan masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada gempa bumi bermagnitud 7.5 pada kelajuan 900 kilometer yang melanda bahagian Barat pada Februari lalu di mana ia mengorbankan 100 orang.

Menurut pakar geologi Amerika Syarikat lagi, satu gempa bumi bermagnitud 6.3 turut melanda kawasan pedalaman di Pulau Kuril, Timur Rusia. Namun tiada sebarang amaran tsunami dikeluarkan. Gempa itu dilaporkan melanda 177 kilometer di Selatan Severo-Kurilsk pada kedalaman 33 kilometer pada pagi Khamis dan setakat ini, tidak ada sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

Sumber: The Sydney Morning Herald

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds