Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberikan pengiktirafan kepada Malaysia kerana berjaya menerima pensijilan validasi eliminasi jangkitan sifilis dan HIV dari ibu ke anak (elimination of mother-to-child transmission of HIV and syphilis – eMTCT).

Pengiktirafan yang diumumkan pada 8 Oktober lalu ini turut mengharumkan nama Malaysia kerana menjadi negara pertama di rantau Pasifik Barat yang berjaya menghapuskan penularan HIV dari ibu ke anak.

Kredit: Twitter @WHOMalaysia

“Gabungan antara komitmen politik, sistem kesihatan yang lebih baik, pencegahan, diagnosis dan rawatan adalah kunci kejayaan. Semua negara perlu mencontohi Malaysia dan memastikan setiap kanak-kanak bebas HIV pada permulaan hidupnya.”

Bermula tahun 1997, program pencegahan jangkitan melalui ibu kepada anak telah diperkenalkan sebagai projek rintis. Usaha murni itu kemudiannya terus diperluaskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada tahun berikutnya dengan menjadikan saringan dan rawatan sebagai antara inisiatif yang terkandung dalam program tersebut.

Kredit: Y. Shimizu/WHO

Pengiktirafan ini turut meletakkan Malaysia di tangga ke-12 di dunia sebagai negara yang berjaya mendapat sijil berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefli Ahmad pernah menyatakan bahawa sebanyak 30 hingga 45 peratus golongan kanak-kanak akan mewarisi penyakit HIV yang dihidapi oleh ibu atau bapanya semenjak dalam kandungan, secara penyusuan mahupun ketika proses kelahiran.

Kredit: The Vocket

Jelas beliau lagi, program ini mencapai kejayaan disebabkan oleh kerjasama diberikan oleh 95 peratus ibu mengandung yang sanggup hadir ke klinik dan menjalani pemeriksaan antenatal sekurang-kurangnya sekali.

“Ibu mengandung akan menjalani ujian secara berkala manakala ibu yang positif HIV dan bayi masing-masing akan diberikan rawatan yang berterusan.”

“Selama tempoh dua tahun, pihak kerajaan akan menyediakan susu formula bayi secara percuma kepada ibu positif HIV bagi memastikan bayi tidak dijangkiti HIV menerusi penyusuan.”

Kredit: The Vocket

Menurut laporan Malay Mail, Malaysia dijangka akan terus melakar sejarah membanggakan untuk mencapai pengiktirafan yang sama bagi Hepatitis B pada masa akan datang.

Sumber: Malay MailNew Straits Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds