Majlis graduasi merupakan salah satu detik yang ditunggu-tunggu oleh para graduan. Upacara untuk menerima pengiktirafan setelah penat lelah belajar bersungguh-sungguh ini pastinya akan menjadi kenangan yang terindah dalam hidup seseorang.

videoPlayerId=4c8958a87

Ad will display in 09 seconds

Tetapi, bagi sesiapa yang pernah menghadiri majlis graduasi ini, pasti anda sangat arif tentang kebosanan yang amat teruk semasa majlis ini dijalankan.

Selain ucapan VIP yang panjang, baju yang sangat tidak selesa dan masa menunggu yang agak lama, majlis ini bukanlah satu majlis yang seronok untuk dihadiri berulang kali. Cukuplah sekali seumur hidup…

Namun, seorang lelaki yang bakal menamatkan pengajiannya telah melakukan sesuatu yang amat tidak dijangka tetapi cukup membuatkan seluruh hadirin yang berada di dalam majlis berkenaan terhibur!

Dengan mengenakan kostum Spider Man, graduan yang dikenali sebagai Hiram Yahir Salas Romero, berusia 22 tahun ini telah melakukan sesuatu yang pasti kekal dalam ingatan setiap hadirin.

Pada pemikiran Romero, seluruh majlis graduasi di Universiti Ciudad Juárez, Mexico ini menjadi lebih bersemangat dan menyeronokkan disebabkan olehnya. Namun begitu, terdapat juga segelintir individu yang memandang serong akan tindakannya melanggar etika kod pemakaian.

“Tiada sesiapa pun dari pihak atasan yang berkata apa-apa. Mereka tidak gembira melihat saya. Saya tidak ingat jika Rektor (canselor universiti) ada berkata sesuatu tetapi saya tahu saya membuatkannya tersenyum”.

Menjadikan adiwira Spider Man yang terkenal kerana kepintaran dan gemar membantu orang lain sebagai inspirasi, Romero turut sempat mendedikasikan kejayaannya itu kepada ibu kandungnya yang selama ini sentiasa menyokong dari belakang.

Anak yang berperangai aneh tetapi sangat penyayang!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds