Apabila kita mungkir janji dengan seseorang pada saat-saat akhir tanpa memberitahu alasan, sudah pasti akan melukakan perasaan orang lain. Tambahan pula kita berjanji dengan seorang yang lebih tua dan perlu dihormati. Amat biadab kelakuan seseorang apabila memungkiri janji dengan orang tua tanpa memberitahu alasan sambil membiarkan dia menunggu dan tertanya-tanya.

Seorang netizen telah berkongsi kisah di Facebook apabila melihat sendiri bagaimana seorang warga emas telah dibiarkan berasa hampa dan bersendirian apabila temujanji yang dibuat dengan orang yang sepatutnya hadir untuk menonton wayang bersamanya telah dibatalkan.  Orang itu yang berjanji dengannya tidak muncul tiba sehingga ke akhir tayangan filem.

Kredit : Facebook

Netizen ini menulis, “Saya melihat seorang pakcik dalam keadaan yang longlai dan hampa berada di dalam panggung wayang sambil memegang dua kotak bertih jagung dan air soda. Mulutnya tidak henti-henti merungut, “Mereka tidak datang, pakcik bagi bertih jagung dan air soda ini pada kamu. Ambil semua dan makanlah, percuma sahaja.”

“Pakcik itu kemudian tertidur sepanjang tayangan filem dan tidak ambil kisah untuk menontonnya langsung.”

Netizen ini kemudian merakamkan gambar warga emas yang hampa ini dan berkongsinya di Facebook. Wajah hampa dan sayunya amat menyentuh hati!

Kredit : Facebook

Kemudian ramai netizen yang memberi komen dan membuat spekulasi kononnya warga emas ini mahu menonton wayang bersama anak-anaknya, dan ia merupakan pertemuan keluarga yang amat diharap-harapkan olehnya.

Seorang netizen menulis, “Dia datang ke situ bukan untuk menonton wayang, tetapi mahu melihat anak-anaknya.”

Manakala seorang netizen memberi komen, “Bagaimana anak-anaknya boleh sampai hati membiarkan pakcik ini menunggu lama dan mungkir janji dengannya pada saat akhir?”

Kredit : Preoday / Gambar Hiasan

Ada pula netizen yang memberi komen warga emas ini berjanji dengan rakan-rakannya atau dia menghidap penyakit demensia dan secara tiba-tiba teringat masa lampaunya.

Namun, apa yang pasti wajah warga emas yang hampa ini amat menyedihkan untuk dilihat. Tidak patut warga emas ini diperlakukan dengan sebegitu rupa. Jika mahu membatalkan temujanji dengannya, beritahu sahaja lebih awal dan alasannya supaya dia tidak menunggu dan bertanya dalam hati.

Sumber : World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds