Kadangkala dalam hidup ini, kita akan berpeluang untuk menyaksikan satu peristiwa yang membuatkan kita benar-benar menghargai dan memahami erti nilai kehidupan yang sebenar…

Ada segelintir individu yang akan menghargai kehidupan itu setelah mereka berhadapan dengan sesuatu tragedi mahupun situasi yang tidak diingini dan sangat menduga keimanan.

Bagi segelintir individu lain pula, jika mereka melihat kewujudan sesuatu masalah, mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan dan bukannya melarikan diri.

Baru-baru ini, tular di Facebook mengenai seorang pemandu trak yang sedang berhenti di sebuah stesen minyak. Pada awalnya, kisah ini kelihatan seperti kisah yang biasa dan tiada apa yang perlu dikagumi.

 

Namun begitu, jangan menilai dengan terlalu cepat kerana apa yang membuatkan video ini menular dengan hebat adalah apabila ia memaparkan pemandu trak berkenaan yang merupakan golongan kelainan upaya (OKU) dan bergerak dengan menggunakan kerusi roda.

 

Ya, walaupun berkerusi roda dan tidak memiliki ciri-ciri fizikal sempurna seperti manusia normal lain, lelaki ini tidak pernah menganggap kekurangan dirinya sebagai penghalang untuk dia melakukan sesuatu yang disukai!

Keazaman lelaki ini menunjukkan satu dedikasi yang jitu dan padu terhadap pekerjaannya. Walaupun kurang upaya, lelaki ini kelihatan gagah menunaikan tanggungjawabnya sebagai pekerja pemandu trak dan tidak pernah mengaku kalah terhadap sebarang dugaan yang menghalangnya.

 

Rakaman ini telah dimuat naik ke Facebook dan salah seorang netizen bernama Aaron Williams telah meninggalkan satu komen yang menyatakan bahawa dia pernah menemui lelaki OKU berkenaan.

 

“Saya ada berjumpa lelaki ini kelmarin dan dia seorang lelaki yang baik. Kami berbual panjang dan dia menunjukkan traknya. Dia langsung tidak meminta bantuan daripada sesiapa sebaliknya melakukan segalanya termasuk menukar minyak dengan sendiri. Saya berharap agar saya berpeluang untuk terserempak dengannya lagi pada suatu masa nanti.”

 

Lihatlah betapa kentalnya semangat lelaki ini dalam menempuhi kehidupannya. Sedangkan kita yang sempurna fizikal pun sering mengeluh apabila diberikan tugasan yang berlebihan, bayangkan kesusahan dan kepayahan yang perlu ditempuhi oleh golongan ini.

Renungkanlah~

Kredit: Swift in Action/Facebook

Sumber: HappiestSwift in Action/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds