Nestle Malaysia mengumumkan bahawa syarikat berkenaan bakal melabur lebih RM100 juta bagi membesarkan kilang MILO mereka di Negeri Sembilan, menjadikan ia kilang MILO terbesar di dunia.  Ia merupakan antara usaha syarikat berkenaan untuk meningkatkan kecekapan dan daya saing serta memacu pertumbuhan yang kukuh dan mampan.

Kredit: MILO

Peluasan ini juga akan menyaksikan peningkatan kemudahan pengeluaran dan peningkatan kecekapan operasi, menjadikan syarikat berkenaan dapat memenuhi permintaan tempatan dan eksport dengan lebih baik.

Dalam satu kenyataan, Nestlé Malaysia berkata semua operasi di kilang Chembong akan dipindahkan ke kilang Petaling Jaya untuk memudahkan kerja perbesaran kilang. Umumnya, kilang di Chembong membekalkan permintaan dalam negara dan menyumbang kepada eksport ke lebih 20 buah negara. Sebelum projek pembesaran kilang ini disiapkan, kilang MILO terbesar setakat ini adalah di Bristol, England.

Kredit: Daily Reporter

MILO dibuat di lebih daripada 24 kilang di seluruh dunia dan dijual di lebih daripada 40 buah negara. Di samping itu, Lactalis, peneraju global dalam perniagaan tenusu akan membeli perniagaan “Susu Dingin” Nestlé dengan harga RM155.3 juta. Lactalis juga akan mengambil alih operasi bekas kilang Nestlé di Petaling Jaya.

“Inisiatif ini akan membuka jalan bagi perniagaan tenusu dingin dan kilang di Petaling Jaya untuk berkembang di bawah kepimpinan baru Lactalis,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad, Alois Hofbauer.

Sumber: Says, Malay Mail

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds