Sesiapa sahaja pasti akan mengenali aktor ikonik dan legenda Hong Kong bertaraf Hollywood, Chow Yun-Fat. Selebriti ternama yang tidak pernah gagal mempamer aksi lakonan mengagumkan menerusi pelbagai watak di dalam filemnya.

Namun begitu, kehidupan sebenarnya di luar layar perak amat rendah diri dan sederhana. Walaupun pendapatan daripada hasil lakonannya mencecah jutaan ringgit, Chow Yun-Fat tidak pernah dilihat hidup dengan mewah dan membazir.

Isterinya yang berasal dari Singapura, Jasmine Tan mendedahkan suaminya hidup secara ringkas dan sederhana dengan hanya membelanjakan kira-kira RM420 setiap bulan.

Chow Yun-Fat mampu berbuat demikian dengan menunjukkan cara berjimat apabila makan di gerai dan memakai pakaian murah yang selesa dipakai. Pelakon ternama ini tidak menaiki kereta mewah kerana beliau lebih gemar menaiki kereta api bawah tanah, atau bas dalam urusan hariannya. Kehidupannya masih sama seperti mana orang biasa, yang mengamalkan gaya hidup sederhana.

Kredit : Facebook

Chow Yun-Fat pernah dilihat memakai sehelai kemeja-T yang berharga RM52 dan sepasang selipar bernilai RM8. Apabila ditanya mengapa beliau tidak kisah membeli-belah secara sederhana, sedangkan pendapatannya bernilai jutaan ringgit, dengan selamba aktor ini menjawab :

“Kita memakai pakaian bukan bagi tujuan orang lain menilai diri kita, tetapi kita memakai pakaian bagi tujuan membuat diri kita berasa selesa.”

Dalam satu rancangan hiburan, Chow Yun-Fat memberi kejutan kepada semua apabila mendedahkan bahawa beliau masih menggunakan telefon generasi pertama Nokia, dan berkata beliau akan hanya menukar telefon pintar apabila jenama telefon Nokia telah mati. Apa yang mengejutkan, perkara itu mengambil masa selama 17 tahun untuk berlaku. Dan jenama Nokia masih wujud sehingga kini.

Kredit : Facebook

Apabila ditanya mengapa beliau tidak menggunakan telefon pintar seperti kebanyakan generasi masa kini, Chow Yun-Fat berkata, “Kita tidak memerlukan terlalu banyak informasi, kita hanya mahu mempelajari bagaimana mendengar suara dan kata yang datang dari hati.”

Kredit : Just Read Online

Dianggarkan pendapatan Chow Yun-Fat hasil kerjaya lakonannya bernilai RM415 juta, dan beliau telah mendermakan kebanyakan hasil pendapatannya kepada pelbagai organisasi bagi tujuan kebajikan dan membantu golongan yang lebih memerlukan.

Aktor legenda berusia 62 tahun ini telah melalui pelbagai rasa pahit dan getir dalam kehidupan di sepanjang karier lakonannya, dan mempercayai perkara tersukar di dunia bukanlah mencari wang, harta dan kekayaan, tetapi keupayaan mendapatkan keamanan akal fikiran dan kehidupan yang bahagia.

Lihat video di bawah.

Kredit : Facebook

Sumber : Cocomy , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds