Setiap daripada kita menghadapi dugaan dan cabaran yang tersendiri.

Namun, terpulang kepada semangat dan keyakinan diri masing-masing untuk terus bangkit dan menanganinya.

videoPlayerId=6b3dc1618

Ad will display in 09 seconds

Pasangan penari dalam rakaman pada entri kali ini adalah gabungan dua orang insan kelainan upaya yang kehilangan anggota badan yang paling penting buat manusia.

Penari lelaki kehilangan sebelah kakinya, manakala, si penari wanita pula kehilangan sebelah tangannya.

Walau bagaimanapun, mereka berdua bergabung untuk mempersembahkan sebuah persembahan tarian yang sangat indah dan mengasyikkan.

Tiada satupun gerak langkah daripada kedua orang penari ini yang kelihatan janggal mahupun tidak lengkap. Mereka malahan saling melengkapi antara satu sama lain. Tarian mereka sememangnya sangat indah dan sesiapa sahaja yang melihatnya pasti akan terpukau.

Pasangan penari ini membuktikan kepada kita bahawa kita boleh menjadi apa sahaja yang kita impikan, asalkan kita mempunyai semangat, keyakinan dan usaha untuk mencapainya. Walaupun mereka masing-masing mempunyai kelemahan diri, namun hal itu sedikit pun tidak memberi kesan kepada mereka untuk mencapai impian. Contoh inilah yang kita perlukan!

Kami percaya, setiap gerak tari yang mereka lakukan pastinya mempunyai cerita di sebaliknya, sehinggakan para penonton yang menyaksikannya mampu merasa sayu dan menitiskan air mata.

Kita tidak boleh menafikan bahawa pasangan penari ini sememangnya berbakat dan sangat hebat!

Era Baru

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds