Harimau salji merupakan antara haiwan yang melambangkan kemegahan, dengan ekornya yang panjang, bulu mereka yang putih dan gebu serta bercorak unik membuatkannya kelihatan sangat menakjubkan ketika di hutan.

Dalam fikiran kita pasti terbit rasa takut dengan haiwan ini kerana dia amat lincah tetapi dia juga sebenarnya boleh melakukan suatu tindakan yang tidak mencerminkan ‘kegarangan’ dan kemegahannya itu. Walaupun dia adalah harimau namun itu tidak bermakna dia tidak akan berperangai seperti kucing!

Untuk melihat aksi berkenaan, anda perlulah mengalihkan pandangan daripada mata mereka yang memukau dan ketajaman gigi mereka kepada bahagian ekor. Seperti yang telah dikatakan tadi, ekor harimau salji ternyata sangat luar biasa. Untuk pengetahuan anda, ekor harimau salji akan membesar sehingga 80 hingga 105 sentimeter panjang- sama besarnya dengan mereka!

Seperti kucing biasa, fungsi ekor adalah untuk membantu mengimbangi tubuh mereka. Tetapi, harimau salji tidak menggunakan ekor mereka untuk mengimbangkan badan sebaliknya digunakan untuk dikunyah dan digigit manja oleh mereka sendiri seperti foto-foto di bawah ini :-

Melihat kepada aksi mereka ini, rasanya pasti ketakutan yang dirasai pada awalnya akan bertukar kepada geram kerana dia sungguh comel.

Sumber: Happiest

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds