Pada era moden kini, masyarakat melihat status seseorang sekiranya mereka mempunyai wang dan karier yang baik. Namun, salah satu kelemahan dalam mengejar hal keduniaan ini ialah kehidupan tidak seimbang dan budaya kerja yang menjadi buruk. Kadang kala para pekerja yang bekerja keras berada di pejabat sehingga awal pagi atau tertidur di situ semata-mata kerana menurut arahan pihak atasan demi menyelesaikan tugasan.

Seorang pemuda dan pengguna Facebook bernama Adam Chan berasa amat kecewa melihat budaya kerja yang buruk dan melampau seperti ini telah meragut nyawa seorang rakan baiknya yang masih muda, kerana bekerja lebih masa. Beliau telah menulis :

Kredit : The Culture Trip

“Seorang rakan baik saya telah meninggal dunia semalam. Puncanya? Bekerja terlebih masa. Beliau meninggalkan pejabat pada jam 2 pagi dan telah terlibat dalam kemalangan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah untuk berehat.”

“Saya tidak berapa pasti mengapa beliau terus bekerja selepas waktu pejabat walaupun niatnya untuk pulang lebih awal selepas waktu bekerjanya. Tetapi menurut salah seorang rakan sekerjanya, sudah menjadi budaya di bahagian audit apabila tidak membenarkan setiap pekerja meninggalkan pejabat sehingga tugasan selesai dan sebelum pekerja lebih senior atau ketua meninggalkan pejabat terlebih dahulu.”

“Tiada siapa yang peduli sekiranya anda amat keletihan, ahli keluarga yang menunggu anda pulang ke rumah, atau sebarang alasan yang akan menunda kerja anda sehingga memberi kesan kepada kerja pengauditan, serta kualiti dan imej jabatan audit.”

Kredit : Depositphotos / Gambar Hiasan

Adam Chan menulis lagi, beliau mengakui tidak memahami budaya kerja di dalam bidang itu kerana tidak pernah berada di dalam jabatan audit. Akan tetapi, beliau berharap untuk memberi kesedaran kerana apa yang dinyatakan itu adalah hakikat yang dihadapi oleh mereka yang berada di dalam situasi itu. Budaya kerja yang buruk dan kurang sihat seperti ini harus dihentikan dan boleh diubah.

Kata Adam lagi, “Saya jarang menulis esei yang panjang, tetapi mahu dunia mengetahui apa yang saya fikirkan. Saya berharap isu ini akan diambil secara serius supaya insiden seperti ini tidak akan berulang kembali.”

Kredit : Christian Wealth / Gambar Hiasan

Adam mengakhiri post tersebut dengan meminta kepada para pekerja yang bekerja lebih masa untuk menjaga diri sendiri dan pastikan mendapat rehat yang mencukupi selepas bekerja walaupun berada dalam situasi yang sentiasa sibuk.

Adam Chan mendedahkan sebelum rakannya meninggal dunia, mendiang telah bekerja lebih masa melebihi had jam bekerja setiap hari dan berlarutan selama beberapa minggu. Adam berharap kematian rakannya itu akan memberi peringatan dan pengajaran kepada industri supaya perkara seperti ini tidak lagi berulang.

Sumber : Adam Chan / FacebookWorld of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds