Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana terdapat beberapa ekor haiwan seperti lembu mahupun kambing yang sedang melintasi jalan raya?

videoPlayerId=9178cf9aa

Ad will display in 09 seconds

Mungkin ada yang pernah mengalaminya ketika melalui jalan perkampungan. Apa yang melucukan adalah anda mungkin sangkakan bahawa kesesakan lalu lintas hanya berlaku di bandar sahaja. Tetapi rasakan juga kesesakan lalu lintas di kawasan perkampungan apabila haiwan-haiwan ini menghalang pergerakan jalan raya.

Dalam satu insiden yang berlaku di Puerto Natales, Chile, seorang pemandu kereta telah terperangkap dalam kesesakan trafik yang teruk apabila segerombolan kambing biri-biri dilihat sedang melintasi jalan raya.

Sambil digembala oleh pengembala kambing, haiwan-haiwan ini dilihat tidak tentu arah apabila ada kenderaan yang menghampiri mereka.

Ada yang berlari ke kanan, ada yang bergerak ke arah kiri jalan malah ada juga sekumpulan biri-biri yang terdiam kaku di tengah-tengah jalan raya seperti sedang memikirkan laluan yang perlu mereka pilih.

Apa yang membuatkan video ini menjadi salah satu video yang menakjubkan adalah apabila melihatkan jumlah kambing biri-biri yang membanjiri kawasan tersebut.

Setelah sekian lama menunggu, barulah jalan ini lengang dan boleh dilalui oleh kenderaan. Apa-apa pun, bukan semua orang berpeluang untuk menyaksikan kejadian itu secara langsung di hadapan mata masing-masing.

Boleh anda anggar berapa jumlah keseluruhan kambing yang menyeberangi jalan raya itu? Jika anda berjaya, anda sememangnya seorang manusia yang sangat tekun!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds