Kerja seorang pekerja boleh menjadi mudah apabila dilakukan dalam kumpulan atau berpasukan.Walau bagaimanapun, untuk kerja dalam kumpulan berfungsi dengan baik, kebijaksanaan dan idea yang kreatif diperlukan dalam membantu mencapai hasil yang baik sekaligus dapat mengurangkan beban kerja.

videoPlayerId=ecf2e2891

Ad will display in 09 seconds

Di Mexico, sekumpulan pekerja mendapati cara atau idea yang kreatif bagi mengurangkan penggunaan tenaga mereka untuk mengangkat karung simen ke tingkat atas. Pekerja-pekerja pembinaan mencipta sistem takal di mana karung simen dinaikkan ke atas tanpa banyak usaha.

Kuncinya adalah dalam kerja berpasukan, dan apabila penyelarasan dicapai, setiap pekerja memanjat tembok sambil memegang satu hujung tali dengan tangannya, kemudian membiarkan dirinya jatuh dan dengan berat badannya membantu karung simen naik ke atas, kemudian mereka bergilir-gilir sehingga karung simen sampai ke atas.

Dengan usaha masing-masing melompat, karung simen berjaya sampai ke tingkat atas di mana kelihatan seorang pekerja lain sedang menunggu untuk mengambilnya. Ternyata idea mereka berhasil dengan jayanya tanpa menggunakan tenaga yang banyak.

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds