Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melalui status yang dimuat naik di Facebook rasmi mereka mengingatkan orang ramai agar membuat laporan segera sekiranya sering diganggu dengan bunyi bising oleh jiran yang tidak bertimbang rasa pada 8 October yang lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PDRM itu, membuat bising dan mengganggu ketenteraman orang lain merupakan satu kesalahan dan boleh menyebabkan pendakwaan.

Kredit: China Daily

“Jika anda mempunyai jiran yang selalu buat bising seperti bermain mercun, rem motor dengan kuat, gelak ketawa dengan kuat, memasang muzik secara kuat sehingga mengganggu ketenteraman awam, anda boleh laporkan di balai polis berdekatan kawasan perumahan untuk tindakan pihak berkuasa.”

“Sesiapa yang membuat bunyi bising yang keterlaluan boleh didakwa di bawah Seksyen 13(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.”

Kredit: Siakap Keli

Menerusi status yang dimuat naik pada 8 Oktober lalu di Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) itu, pihak PDRM turut mengingatkan orang ramai yang berhadapan dengan situasi berkenaan supaya tidak bertindak sendiri bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

“Jangan pula anda ambil tindakan sendiri apabila tidak berpuas hati dengan jiran yang membuat bising. Akhirnya anda pula didakwa atas kesalahan jenayah.”

“Kita sebagai rakyat Malaysia, sama-sama menjaga semangat kejiranan agar tidak menyebabkan gangguan kepada penghuni-penghuni tempat kediaman.”

Kredit: Oh Bulan!

Jika didapati bersalah, individu boleh didenda tidak melebihi RM100. Namun, sebarang bunyi yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu seperti yang disenaraikan di bawah tidak dikategorikan sebagai kesalahan.

  • Tentera bersenjata Malaysia
  • Bacaan doa atau sebarang bunyi bagi tujuan keagamaan
  • Wisel polis
  • Hon atau wisel yang digunakan untuk mengelakkan kemalangan

Sumber: Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police) , World of Buzz, Laws of Malaysia

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds