Franz Liszt merupakan antara komposer dan artis berbangsa Hungary yang sangat berwibawa dan disegani ramai sepanjang hidupnya sehinggakan ramai orang yang tidak percaya bahawa ada manusia di muka bumi ini yang mempunyai bakat sedemikian rupa.  

videoPlayerId=8313dad5d

Ad will display in 09 seconds

La Campanella  merupakan salah satu daripada hasil komosisinya yang sangat popular dan tidak dapat dinafikan lagi anda akan ketahui sebabnya setelah mendengar.

Kredit: BBC

Akaun Youtube Rousseau, yang dicipta dan didedikasikan untuk memuat naik kandungan dan hasil piano yang dimainkan menerusi pelbagai versi di mana ia bertujuan untuk mengembirakan dan menggamit memori para pengikut Franz Liszt. Tanpa disangka, ia berjaya menpopularkan hasil oleh Liszt dengan cara yang luar biasa.

Franz Liszt dilahirkan pada 22 Oktober 1811, di Raiding, Hungary. Bapanya, seorang pemain muzik, yang juga bertanggungjawab mengajar Liszt bermain piano.

Pada usia 9 tahun, Liszt sudah membuat persembahan di hadapan ramai orang di dalam dewan konsert. Semasa meningkat dewasa, beliau membuat persembahan di seluruh Eropah.

Keseluruhannya, beliau telah berjaya mencipta lebih daripada 700 karya sebelum meninggal dunia.

Rakaman video berkenaan menerima sehingga 3 juta tontonan kerana ia bukan sahaja mempunyai melodi yang indah dan sempurna, bahkan kerana tarikan visual yang dipamerkan ketika bermain piano.

Tanpa berlengah lagi, ayuh dengar hasil interpretasi agung atas kerja ikonik ini bersama dengan visualisasi indah terhadap setiap satu not yang dimainkan.

Era Baru

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds