Seorang ibu hampir pengsan kerana terkejut ketika melihat dan menjumpai 4 ekor ulat telah keluar dari dalam anggota tubuh anak lelakinya. Kejadian bermula apabila anaknya sering menjerit kesakitan pada waktu malam dan terdapat benjolan yang mula tumbuh di bahagian badan termasuk di kepala.

Benjolan biasa yang pada mulanya kelihatan kecil berubah menjadi benjolan membentuk lubang yang besar. Anak wanita ini tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana kesakitan selama 4 hari. Pada mulanya ibu ini hanya menyangka benjolan itu hanya jangkitan kuman biasa.

Selepas mengetahui punca ulat itu keluar dari tubuh anaknya, ibu dari Filipina ini telah bertindak untuk berkongsi pengalamannya bersama ibu bapa lain supaya menjaga kebersihan pakaian anak-anak dan persekitaran. Ikuti perkongsiannya di bawah.

 

Kredit : Colaljo Nalitnab Monique / Facebook

Saya ingin berkongsi pengalaman yang dialami beberapa hari yang lalu. Saya melihat anak lelaki saya mempunyai empat benjolan seperti bisul, satu masing-masing di kepala, dada, kaki dan jari-jarinya. Lubangnya hanya kecil dan saya menganggap ia satu jangkitan kuman yang ringan.

Sebaik membawanya ke klinik, doktor hanya mencadangkan krim antibiotik. Anda boleh melihat pada gambar ketika lubang itu masih kecil. Kadang-kadang anak saya berteriak, “Kepala! Kepala!” atau “Kaki!”. Pada waktu itu, saya hanya menganggap ia hanya satu sakit biasa dan memberinya paracetamol.

Guru-gurunya di sekolah mendakwa anak saya menjerit, “Kepala saya! Kepala saya!”. Pada hari ketiga, ketika saya pulang dari kerja, saya memeriksa tangannya dan melihat lubang itu telah pecah. Saya melihat seperti terdapat nanah di dalamnya dan apabila saya menekannya, alangkah terkejutnya saya apabila seekor ulat hidup telah keluar!

Kredit :  Colaljo Nalitnab Monique / Facebook

Saya hampir pengsan ketika melihatnya. Saya memanggil suami saya dan juga doktor. Oleh kerana sudah pukul 6 petang, kami tidak boleh pergi ke hospital. Doktor menasihati saya supaya cuba memicit kesemua lubang itu. Apa yang mengejutkan, 4 ekor ulat hidup telah keluar dari setiap lubang.

Saya membersihkan setiap lubang luka dengan pencuci spirit. Sebaik sahaja selesai, anak saya dapat tidur dengan lena pada malam itu berbanding 4 hari yang lalu. Doktor kemudian memberitahu punca kemunculan ‘ulat lalat tumbu’ ini.

Doktor berkata, ia sering terjadi kepada bayi, kanak-kanak dan orang dewasa. Apabila pakaian dijemur di luar atau pakaian masih lembap, lalat akan hinggap dan bertelur di atas pakaian. Apabila seseorang memakai pakaian ini, telur tersebut akan memasuki kulit dan apabila matang ia menjadi ulat. Apa waktu malam, ulat ini akan bergerak. Itulah sebabnya mengapa anak lelaki saya sering menangis dan menjerit, “Kepala saya! Kepala saya!”

Kredit : USA Today / Gambar Hiasan

Oleh itu, doktor telah menyarankan : 

1. Elak pakaian daripada jatuh ke tanah ketika menjemur.

2. Kibas semua pakaian selepas mengambilnya dari ampaian, dan sebelum membawanya ke dalam rumah.

3. Basuh semua pakaian kanak-kanak dengan air panas.

4. Seterika semua pakaian terutama pakaian kanak-kanak.

5. Galakkan setiap ahli keluarga sentiasa membasuh tangan selepas sesuatu aktiviti.

6. Bersihkan semua permukaan di dalam rumah dengan pencuci pembasmi kuman.

7. Basuh semua cadar, sarung bantal dan tuala dengan air panas.

Sumber : Colaljo Nalitnab Monique/Facebook , Siakap Keli

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds