Seorang wanita yang juga merupakan tukang masak, Maria Troitskaia, berkongsi pengalamannya dalam memilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar bagi membantu anda membuat pilihan yang betul ketika membeli belah di pasaraya. Senarai buah dan sayur adalah seperti di bawah:-

#1 Tomato

Kredit: © depositphotos

Ramai yang berfikir tomato bertangkai adalah lebih segar lalu membelinya. Sebaliknya, tomato bertangkai menandakan ‘kehijauan’ tomato – masih belum ranum sepenuhnya dan ia dipotong awal untuk dibiarkan ranum di dalam kotak. Tomato seperti ini lazimnya kurang bervitamin jika dibandingkan dengan tomato yang gugur sendiri kerana sudah ranum. Warna tomato yang elok sepatutnya homogen dan tepu, tanpa ada warna hijau. Baunya juga lebih menyenangkan. Untuk mengesan tomato bernitrat, cuba tekan permukaan tomato dengan jari. Jika tiada kesan cap jari, maka ia bernitrat kerana tomato yang baik bersifat lembut dengan sentuhan.

#2 Tembikai

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Tembikai yang manis dan sedap lazimnya masak ranum ketika dalam pertengahan bulan Ogos sehinggalah hujung September. Ada segelintir pengeluar akan menyembur baja nitrogen dan perangsang tumbesaran kerana mahu menuai hasil dengan lebih cepat. Tembikai akan menyerap kesemua kandungan di persekitarannya. Oleh itu, jika terdapat kebun tembikai di tepi jalan raya, jangan beli. Sama juga dengan tembikai yang telah dipotong kerana ia mempunyai banyak mikrob. Sebaliknya, pilih tembikai bersaiz sederhana, bewarna terang, jalur yang kontra serta berkilat kerana ia sudah ranum. Selain itu, tembikai yang ranum juga memiliki ekor yang telah kering kerana apabila sudah masak, ia berhenti menyerap kelembapan daripada tanah. Ketuk dahulu kerana tembikai yang ranum akan menghasilkan bunyi resonan.

#3  Lada loceng

 

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Lada loceng mempunyai 2 jenis – jantan dan betina (setiap satu mempunyai rasa berbeza). Untuk mengetahuinya, terbalikkan ia dan anda akan lihat sama ada 4 bahagian – betina, dan 3 bahagian – jantan. Jantan berbentuk sedikit panjang berbanding betina yang lebih lebar dan pendek. Lada loceng betina memiliki rasa yang agak manis dan boleh dimakan mentah. Manakala jantan agak masam – lebih sesuai dimasak. Lebih berat lada loceng itu maka ia adalah lebih berjus. Jangan pilih lada loceng yang mempunyai tompok jingga kerana ia menandakan lada berkenaan diserang serangga.

#4 Epal

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Pilih epal bersaiz medium. Ia harus keras dan berat. Jangan beli epal yang berkilat kerana ia diselaputi oleh lilin atau resin semula jadi agar kelihatan elok. Jika anda membeli epal hijau, perhatikan tompokan bewarna kelabu. Jika ada, ia bermaksud epal itu telah masak ranum.

#5 Ceri  

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Beli ceri pada bula Jun atau Julai kerana ia akan lebih bernutrisi, sedap dan murah pada waktu berkenaan. Periksa ceri dengan menyentuhnya sebelum membeli – tidak terlalu keras atau lembik. Buah ceri juga perlu berkilat dan bewarna lebih gelap. Hal ini kerana, lebih gelap warnanya, maka akan lebih kandungan gula yang berguna, karotenoid, antosianin, dan asid organik. Ia juga seharusnya dijual secara bertangkai kerana ceri yang segar mempunyai tangkai yang hijau dan keras. Jika ceri melekit, bermakna ia tidak segar, di samping baunya. Jika berbau seperti penapaian, maksudnya ia telah pun rosak.

#6 Plum

Kredit: © depositphotos

Ketika membeli buah plum, cari yang bewarna homogen. Elakkan membeli plum yang telah merekah, penyek, dan kotor. Plum seharusnya berat dengan bau manis-manis yang menyenangkan. Jika buah berkenaan mempunyai lapisan kulit putih yang nipis, ia bermakna ia baru sahaja dipetik. Beri perhatian kepada tangkainya juga ya!  

#7 Timun

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Timun yang baik adalah keras. Jika ianya segar, warnakan agak gelap tanpa sebarang kilatan. Jika ia berkilat, ini bermakna ia telah disembur dengan baja nitrat dan dilapisi dengan lilin. Perhatikan ekornya – jika ia kering, bermakna ia terlalu masak. Anda dinasihatkan agar membeli timun bersaiz sederhana dalam 4-6 inci panjang. Timun yang terlalu kering mempunyai rasa berair dan pahit selain rekahan, lebam dan kotoran pada timun juga tidak boleh diterima.

#8 Pisang

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Pilih pisang yang bewarna kuning terang. Tompokan kecil pada kulitnya menandakan ia telah ranum dan boleh dimakan. Walau bagaimanapun, anda tidak boleh menyimpannya lebih daripada  2 hari, jika tidak ia akan terlebih masak. Jangan beli pisang yang mempunyai tompok hitam yang besar kerana ia bermakna telah berlaku proses pereputan di dalamnya.

#9 Pir

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Buah pir yang masak ranum boleh dikenal pasti melalui baunya yang kuat. Pir yang elok tidak terlalu keras dan lembik dan tiada sebarang kerosakan pada kulitnya. Tompokan coklat pada ekornya menandakan ia tidak segar. Ada pir yang sememangnya bewarna hijau sepenuhnya, tetapi kebanyakannya sedikit warna merah pada pir menandakan ia telah masak.  

#10 Kiwi

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Apabila memilih buah kiwi, letakkan ia di antara ibu jari dan jari telenjuk kemudian picit sedikit – buah yang ranum sedikit lembik tetapi elastik. Beri perhatian kepada baunya juga kerana kiwi yang ranum mempunyai bau sitrus yang agak jelas tanpa ada sebarang kerosakan pada kulitnya.

#11 Lemon

Kredit: © depositphotos   © depositphotos

Lemon yang telah masak mempunyai kulit yang berkilat seperti telah digilap, selain keadaan kulitnya sama ada licin atau tidak. Lemon daripada tanaman pertama (dikumpulkan daripada hasil kali pertama) mempunyai kulit licin. Kepekatan unsur-unsur berguna di dalamnya adalah lebih tinggi berbanding hasil selepasnya. Kulit yang terlalu kental biasanya lebih tebal dan berat daripada buah dengan kulit nipis, tetapi mempunyai pulpa kurang.

#12 Avocado

© depositphotos.com   © shutterstock.com   © depositphotos.com

Apabila membeli avocado, perkara pertama yang perlu diperhatikan ialah warnanya. Buah yang ranum mempunyai warna yang lebih gelap. Kedua, kulitnya pula sedikit menggerutu tetapi tidaklah terlalu teruk. Akhir sekali ialah tangkainya. Jika kawasan tangkainya bewarna kehijauan atau kekuningan, maka ia berbaloi untuk dibeli, tetapi jika keperangan, ia sudah terlalu masak.

Sumber: Brightside

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds