3 Oktober yang lalu, Sabah Women’s Action-Resource Group atau lebih dikenali sebagai SAWO, sebuah badan bukan kerajaan dari Kota Kinabalu, Sabah telah memuat naik rakaman pengakuan dan penceritaan pengalaman peribadi seorang suri rumah yang dipaksa untuk berkahwin pada umur 13 tahun.

Video tersebut dimuat naik demi menyokong kesaksamaan jantina.

Kredit: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook

Wanita itu, Sail Ayu, 59, atau lebih mesra disapa sebagai Aunty Sail menceritakan pengalamannya dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenalinya ketika dia sepatutnya belajar dan bermain bersama rakan-rakan. Sambil bercerita, Aunty Sail sentiasa kelihatan sedih mengenang nasibnya dan kadang-kala, terjatuh juga air matanya dek tidak mampu mengawal perasaan sedih.

“Saya memang mahu pergi ke sekolah menengah, saya mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan sekolah rendah tetapi saya tidak dapat pergi [ke sekolah],” katanya.

Aunty Sail menyatakan bahawa dia telah dipaksa untuk berkahwin ketika dia berusia 13 tahun.

Kredit: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook

“Saya tidak tahu apa-apa, saya hanya tahu bahawa seorang lelaki datang, saya diberitahu untuk memakai sesuatu untuk perkahwinan tetapi saya tidak tahu apa-apa tentang perkahwinan.

“Saya tidak tahu bahawa lelaki itu adalah suami saya. Kami hanya duduk di situ.

“Semua orang melihat kami, bertepuk tangan tetapi saya tidak pasti sama ada saya berasa gembira. Mengapa? Kerana saya tidak tahu apa itu perkahwinan.

“Kerana saya masih kecil, saya tidak tahu maksud perkahwinan, ke mana saya akan pergi. Begitulah perasaan saya, saya rasa takut,” kata wanita itu.

Kredit: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook

Aunty Sail mengingatkan betapa kecewanya dirinya pada ketika itu.

“Saya kecewa, saya menangis berkali-kali, ayah saya melihat saya menangis dan dia memukul saya, saya berkata kepadanya, ‘Ayah, saya benar-benar mahu pergi ke sekolah.’

“Saya memegang ibu saya, saya berkata, ‘Ibu, pujuklah ayah, saya mahu pergi ke sekolah,” sambil menambah bahawa ayahnya memukulnya kerana ingin pergi ke sekolah.

Ketika Aunty Sail berumur 20 tahun, dia cuba untuk membunuh diri sebanyak dua kali. Kerana impian yang tidak tercapai dan hati yang kecewa, dia merasakan bahawa hidupnya tidak bermakna.

“Pada masa lalu, saya benar-benar kecewa, saya mahu membunuh diri, saya cuba dua kali, pada masa itu, saya benar-benar mahu melakukannya dan minum racun,” kata Aunty Sail, cuba menyembunyikan kekecewaannya dalam suara gemetarnya .

“Saya tidak mahu berkahwin, tetapi saya fikir, walaupun saya mencuba, tetapi saya tidak berani,” katanya ketika menutup wajahnya sambil menangis dalam usaha untuk menyembunyikan air mata.

Kredit: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook

Walaupun Aunty Sail mengharungi dugaan yang besar disertai dengan kekecewaan yang besar dalam hidupnya, namun, Aunty Sail tetap berasa bersyukur dan menambah, “Saya sentiasa kuat. Jadi segala yang telah saya lalui, saya telah memaafkan mereka.”

Saksikan video penuh yang berikut:

Kredit: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook

Sumber: SAWO (Sabah Women’s Action-Resource Group)/Facebook / SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds