Kata orang, apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh kita pastinya akan kembali semula kepada kita, tidak kiralah sama ada tindakan baik mahupun buruk. Begitulah halnya yang terjadi kepada Mike Jivanjee, seorang lelaki budiman.
Kredit: Elite Readers
Apa yang dilakukan oleh Mike hanyalah sedikit pertolongan kepada seekor anak angsa yang sedang lemas di dalam Tasik Oswego, dua tahun yang lalu. Pada ketika itu, Mike sedang bersiar-siar di kawasan tasik tersebut bersama rakannya. Apabila terlihat keadaan anak angsa yang malang itu, Mike segera membantunya dan membawanya pulang sehinggalah anak angsa itu sihat dan cergas.
Kredit: CBS Evening News
Mike telah menamakan anak angsa yang comel itu sebagai Kyle, walaupun setelah dia mengetahui bahawa anak angsa itu adalah angsa betina. Beberapa tahun kemudian, Kyle sentiasa berada bersama Mike, bagaikan bayang-bayangnya.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Anak angsa yang kecil itu pergi kemana-mana sahaja bersama Mike, sehinggalah Mike mendapat gelaran “lelaki dengan si burung”.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Apabila Mike merasakan bahawa Kyle sudah cukup matang untuk hidup berdikari, dia memandu beberapa kilometer daripada bandar dan ingin membebaskan Kyle untuk hidup dalam habitat asalnya.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Setelah Mike mendapati bahawa Kyle sudah bersedia untuk dibebaskan dan sudah menyesuaikan diri dengan alam semulajadi, Mikepun pulang ke rumahnya. Semestinya, dia agak sedih dengan perpisahan ini, tetapi dia percaya bahawa dia sudah melakukan perkara yang sepatutnya.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Apabila Mike tiba di rumah, tanpa disangka-sangka dia telah disambut oleh Kyle! Rupa-rupanya, Kyle tidak mahu ditinggalkan malahan dia menunggu Mike untuk tiba di rumahnya.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Kyle, yang bukan lagi si anak angsa tetapi telah membesar menjadi seekor angsa yang indah, telah membina ikatan persahabatan yang sangat akrab dengan penyelamatnya dan enggan meninggalkannya.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Bukan itu sahaja, Kyle juga merupakan seekor angsa yang sangat taksub dengan tuannya.
“Kyle adalah angsa yang bijak dan agak cemburu. Apabila saya mempunyai teman wanita, ia merasa terancam dan akan memastikan bahawa semua orang mengetahuinya.” kata Mike mengenai sahabat baiknya, Kyle.
Kredit: kylethegoose/Instagram
Pun begitu, Mike tetap mengakui bahawa Kyle merupakan sahabat yang sangat setia dengannya.
Kredit: CBS Evening News
Siapa tahu rupa-rupanya sebuah kebaikan kecil yang dilakukan akhirnya mampu memberikan kita persahabatan yang sangat indah, bukan?
Kredit: The Dodo/Facebook
Sumber: Elite Readers, kylethegoose/Instagram, The Dodo/Facebook
Maybe you're interested :