Dunia baru-baru ini dikejutkan dengan tragedi tsunami yang melanda bandar Palu, Sulawesi, Indonesia pada 28 September lalu. Antara mangsa kejadian berkenaan adalah Azwan dan isterinya, Dewi Prasasti. Difahamkan ketika kejadian tersebut berlaku, Dewi sedang mendaftar masuk sebagai pengunjung festival yang diadakan di sebuah hotel di tepi pantai.

Kredit: Getty Images

“Ombak datang dan memukul saya. Apabila saya mulai sedar, tiba-tiba saya berada di jalan berhadapan dengan hotel,” cerita Dewi. Dia sebenarnya ditemui di pos pemindahan tanpa air dan makanan untuk bermalam bersama dengan mangsa yang lain. Sementara itu, Azwan yang berada di kawasan lain bandar berkenaan berhadapan dengan tugas yang sukar iaitu memeriksa pesakit di pusat perubatan dan beg mayat sementara kerana ingin mencari isterinya.

Kredit: Sutopo Purwo Nugroho/Antara

“Saya tidak berjaya menemui isteri saya di dalam beg yang saya periksa ketika di hospital. Terdapat sejumlah mayat yang bergelimpangan di sana – ada di atas rumah, di dalam bangunan dan sebagainya,” kata pemuda berusia 38 tahun tersebut. Setelah menjangkau 4 hari (1 Oktober), Azwan sudah mula berhadapan dengan realiti dan berserah kepada ketentuan Tuhan.

Pada ketika itulah, isterinya yang mengalami kecederaan berkenaan muncul di rumah keluarga mereka. “Apabila dia turun daripada motorsikal, ia adalah kegembiraan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Saya sangat gembira dan beremosi. Syukur kepada Tuhan saya dapat bertemu dengannya lagi,” jelas Azwan yang menambah bahawa semua saudara mereka turut mengalirkan air mata.

Kredit: Bay Ismoyo/AFP

Dewi sangat bersyukur kerana diberikan peluang untuk hidup sekali lagi namun dia mengakui bahawa amat sukar dan tidak mudah untuknya menerima apa yang telah terjadi. “Sehingga kini saya masih tidak percaya bahawa saya masih hidup. Saya masih trauma lebih-lebih lagi apabila adik-beradik saya masih belum lagi ditemui,” katanya.

Kredit: CNN

Menurut Al Jazeera, pada 4 Oktober, jumlah kematian ekoran bencana tsunami dan gempa yang berlaku telah meningkat melebihi 1,400 orang. Jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho, menganggarkan bahawa ribuan mangsa mengalami kecederaan manakala ratusan ribu mengsa telah dipindahkan daripada kediaman masing-masing.

Sumber: Says

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds