Seni ialah kebolehan mencipta sesuatu yang indah-indah seperti lukisan, ukiran dan lain-lain. Antara seni yang sering mendapat perhatian ramai ialah seni hiasan. Ini kerana tidak semua orang berkebolehan menghias sesuatu dengan begitu indah sekali.

videoPlayerId=175cc9d8e

Ad will display in 09 seconds

Dalam video ‘idea dalam masa 5 minit’ yang disediakan ini, anda akan dapat melihat bagaimana cara untuk menghasilkan hiasan daripada sayuran dan buah-buahan.

 

Tidak dinafikan sesetengah orang menganggap persembahan hidangan mereka sangat penting dan percaya bahawa seni juga boleh diaplikasikan pada makanan.

Sayuran dan buah-buahan yang pelbagai warna membolehkan kita menghasilkan seni hiasan yang menarik. Contohnya membuat potongan bunga mawar daripada tomato atau strawberi.

Selain itu, epal hijau, lada benggala atau pun bawang juga boleh dijadikan sebagai objek untuk menghias hidangan anda.

Tujuan menghias ini tidak lain adalah untuk mencantikkan meja makan dan membangkitkan lagi selera. Tambahan pula anda boleh melakukan sendiri aktiviti menghias ini di rumah, jadi tidak rugi jika anda mencubanya. Selamat mencuba!

Sumber: BLesINSPIRADOR

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds