Apabila sesebuah musibah melanda, adalah sangat penting untuk setiap ahli keluarga bersama-sama mengharunginya. Tetapi, selepas Tian Haicheng, 40, dari China didapati lumpuh akibat kemalangan kereta, isterinya yang sudah 7 tahun bersama telah meninggalkannya. Namun, syukurlah, tidak semua orang yang berpaling dari membantunya.

Kredit: Kuaishou

Menurut media di China, Tian didiagnosis lumpuh dari paras dada ke bawah selepas teksi yang dipandunya menjunam ke dalam parit pada bulan Mac 2016. Malang buatnya apabila dua bulan kemudian, isterinya memutuskan untuk meninggalkannya dengan membawa bersama anak sulung mereka. “Dia memberitahu saya pada hari terakhir itu bahawa dia akan pergi ke rumah ibunya selama beberapa hari. Tetapi dia tidak lagi kembali, dan dia membawa anak lelaki kami dengannya,” kata Tian. Hanya anak perempuannya, Jia Jia, 6, yang kini tinggal bersamanya. Dan perempuan kecil itu telah menjaganya dengan sempurna sejak saat itu.

Kredit: Kuaishou

Kredit: Kuaishou

Kredit: Kuaishou

Setiap hari, Jia Jia akan bangun pada pukul 6 pagi dan mengurut otot bapanya selama 30 minit. Sebelum dia pergi ke sekolah, gadis kecil itu juga akan memberus gigi dan mencuci muka bapanya.

Kredit: Kuaishou

Semasa Jia Jia berada di sekolah, datuk dan neneknya yang merupakan petani tua akan membantu menjaga bapanya. Selepas dia pulang, Jia Jia akan memberi makan kepada Tian dan membantunya bergerak di sekeliling rumah dengan menggunakan peralatan bantuan bergerak yang dibuat sendiri.

Kredit: Kuaishou

Kredit: Kuaishou

Jia Jia juga akan mencukur janggut bapanya. “Pada awalnya, saya tidak tahu bagaimana untuk mencukur dan saya terhiris wajah ayah dan berdarah,” katanya. “Tetapi ayah berkata tidak menyakitkan. Sekarang, saya sangat mahir mencukur janggutnya. Nenek saya berkata bahawa saya mampu mencukur janggut ayah dengan bersih.”

Kredit: Kuaishou

Apabila ditanya mengenai ibunya, Jia Jia berkata dia tidak merinduinya sama sekali, kerana “dia tidak menjaga ayah.” Walau bagaimanapun, dia tetap merindui abangnya. “Dahulu, saya sangat akrab dengannya.”

Sumber: Bored Panda, Metro

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds