Melakukan aktiviti luar seperti bersukan, menunggang kuda, mengembara dan lain-lain merupakan aktiviti yang menyihatkan dan menyeronokkan. Apatah lagi jika tempat yang dilawati itu unik dan mempunyai sejarahnya tersendiri pasti memberikan pengalaman yang begitu berharga.

videoPlayerId=f4492956f

Ad will display in 09 seconds

Seperti peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, pelancongan di puncak gunung ini pasti memberikan pandangan dan pengalaman yang berbeza kepada sesiapa sahaja lebih-lebih lagi bagi anda yang gemarkan aktiviti mendaki gunung.

Anda pasti teruja melihat pelancong yang mendaki gunung dalam video ini. Mereka dilihat bukan sahaja tidak takut akan ketinggian malah masih mampu melemparkan senyuman saat mendaki gunung yang begitu tinggi itu.

Melalui laluan di lereng bukit itu memang cukup mencabar tetapi apabila berjaya sampai ke puncak pasti segala penat lelah itu dirasakan berbaloi selain dapat menikmati keindahan alam semula jadi.

Jika anda tidak gentar akan ketinggian dan suka mencabar diri untuk melakukan sesuatu aktiviti yang ekstrem, anda harus mencuba aktiviti mendaki gunung seperti ini.

Sumber: BLDaily Life

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds