Seorang Pegawai di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapat pujian ramai kerana perkhidmatan dan komitmennya selepas sebuah video yang menunjukkan beliau membantu wanita pekak dan bisu menjadi tular di internet.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

Nurul Fatihah Shamsudin Shah yang bertugas sebagai pegawai di JPJ cawangan Kuala Lumpur, dirakam sedang membantu pegawai lain sebagai penterjemah ketika jabatan itu menerima aduan dari seorang wanita pekak dan bisu.

Wanita berkenaan dipercayai membuat aduan mengenai lesen memandunya dan pada ketika itulah Nurul Fatihah dipanggil untuk membantu selepas wanita itu mengalami masalah komunikasi dengan pegawai yang bertugas.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

Ternyata, wanita itu mahu membuat aduan berkenaan sekolah memandu yang didapati tidak memproses permohonan lesennya sehingga lesen “L”nya hampir tamat tempoh. Dengan bantuan yang dihulurkan oleh Nurul Fatihah, wanita itu telah diberikan kelas memandu percuma supaya dia layak mendapat lesen memandu yang sah.

Nurul Fatihah menyatakan bahawa dia mula belajar bahasa isyarat ketika dia berada di sekolah menengah untuk mengisi masa lapang, lapor mStar. Selain itu, dia juga mahu berkomunikasi lebih baik dengan beberapa orang rakannya di asrama pada masa itu.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

Setelah video berkenaan menjadi tular, ternyata ramai netizen yang memuji dan mengagumi pegawai JPJ ini.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

Malahan, ada antaranya yang mencadangkan agar setiap cawangan JPJ di negara ini perlu dilengkapi dengan pegawai yang mahir berbahasa isyarat.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

 

Berikutan berita yang tular ini, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke turut memberi penghormatan dan sijil penghargaan kepada Nurul Fatihah atas khidmat baktinya yang terpuji itu.

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

“Kementerian Pengangkutan sangat berbangga dengan Nurul Fatihah dan ingin memberikan sedikit penghargaan atas komitmennya dalam memberikan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan yang kurang upaya di pejabat JPJ Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.

Tonton video yang tular ini dibawah:

Kredit: Pengarah JPJ Wpkl/Facebook

Sumber: SAYSPengarah JPJ Wpkl/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds