Warga Syria Hassan al Kontar, yang telah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak Mac lalu, telah ditahan oleh polis Malaysia pada 1 Oktober lalu. Menurut The Star, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata Hassan ditahan kerana berada di “kawasan yang dilarang” di lapangan terbang tersebut, kawasan tersebut hanya dibenarkan untuk penumpang penerbangan yang memiliki pas pelepasan sahaja.

Datuk Seri Mustafar Ali menambah bahawa pihaknya akan menunggu sehingga siasatan polis selesai, sebelum diambil alih oleh Jabatan Imigresen.

Kredit: BBC

Jabatan Imigresen juga akan laksanakan kerjasama dengan kedutaan Syria untuk menghantarnya pulang. “Dia tidak mahu balik ke Syria, katanya kerana tidak mahu jadi tentera atau apa juga alasannya. Bagaimanapun, kita kena ada penutup (penyelesaian) kerana dia memalukan negara kita,” kata Datuk Seri Mustafar Ali.

Sebelum ini, Hassan memuat naik video mengenai kehidupan hariannya di Twitter dan Facebook sehingga menarik perhatian kumpulan hak asasi manusia dan media antarabangsa.

Sering kali disebut sebagai “tahanan lapangan terbang”, nasib 36 tahun itu telah diketengahkan oleh media antarabangsa serta vlogger media sosial terkenal seperti Nas Daily. Baru-baru ini, Nas Daily memuat naik video mengenai Hassan dan bagaimana satu-satunya pilihan yang dia ada ialah menunggu status pelarian Kanada diluluskan.

Kredit: ntv7 7Edition/Facebook

Sumber: ntv7 7Edition/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds