Kisah anak yatim yang diterima menjadi ahli baru kepada keluarga angkat selalunya sangat indah dan menggembirakan. Kadangkala ia juga amat menyentuh hati, mengingatkan kita bahawa keajaiban di dunia ini masih wujud.

Pasangan suami isteri JoBen dan Amanda Barkey dari California memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna dan bahagia. Pasangan ini bergiat aktif di dalam komuniti sambil membesarkan empat orang anak mereka yang comel. Semasa musim panas 2018, keluarga Barkey mengundang seorang anak yatim dari Colombia untuk tinggal bersama mereka selama sebulan. Selepas tempoh itu berakhir, keluarga ini menyedari kehidupan mereka sebenarnya masih belum lengkap dan sempurna.

Kredit : Joben Barkey/ Facebook

Anak yatim dari Colombia yang bernama Sebastian berusia 11 tahun, tidak pernah mengenali keluarga asal sejak dilahirkan. Sebastian telah dibawa ke Amerika Syarikat dibawah satu program anjuran satu organisasi dipanggil Kidsave, bagi tujuan mendapatkan keluarga angkat yang sesuai bagi anak-anak yatim dari seluruh dunia.

JoBen Barkey dilahirkan di Peru, jadi beliau menyukai idea untuk membantu kanak-kanak malang dari Amerika Selatan menemui kehidupan dan rumah yang lebih baik di tempat lain di seluruh dunia.

Kredit : JoBen Barkey / Facebook

JoBen menulis di dalam Facebook, “Saya dibesarkan di Amerika Selatan. Terus terang, saya memiliki dua kerakyatan dan saya berasa sangat dekat dengan tempat di mana saya menghabiskan zaman kanak-kanak. Saya sayangkan semua kanak-kanak, dan tidak pernah mendiskriminasi kasih sayang saya kepada sesiapa.”

Kredit : JoBen Barkey / Facebook

Semasa Sebastian menghabiskan masa selama sebulan bersama keluarga Barkey, mereka melakukan pelbagai aktiviti bersama. Dari mendaki gunung di California, menaiki bot di tasik sehingga menonton perlawanan bola keranjang di arena. Keluarga ini mendedahkan Sebastian dengan cara kehidupan di Amerika Syarikat yang sebenar.

Kredit : JoBen Barkey / Facebook

Keluarga Barkey menerima baik kehadiran Sebastian dengan keempat adik beradik Barkey menjadi rapat seolah sudah mengenali Sebastian seumur hidup mereka. Amanda berkata, Sebastian amat mudah menyesuaikan diri dengan keluarga mereka tanpa perlu berusaha.

Kredit : JoBen Barkey / Facebook

Amanda menulis, “Kami semua benar-benar seronok menghabiskan masa bersama Sebastian. Dia dengan mudah dapat menyesuaikan diri bersama keluarga kami seolah-olah sudah lama bersama. Sebastian seorang anak yang berbelas kasihan, penyayang, berkeyakinan, hormat dan sopan, sentiasa bersyukur, suka bergurau dan melucukan.”

Apabila tiba masa Sebastian pulang ke tempat asalnya di Colombia, adik beradik Barkey berasa sangat sedih untuk berpisah dengannya kerana sudah merasai ikatan yang erat. Apa yang Sebastian tidak tahu, Amanda dan JoBen telah membuat keputusan yang besar buat keluarga mereka, iaitu berniat untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Kredit : Viral TRND / Facebook

Dalam rakaman video yang dimuat naik di halaman Facebook, Amanda dan JoBen sedang duduk dan memberitahu anak-anak mereka akan keputusan mengambil Sebastian sebagai ahli baru ke dalam keluarga. Anak-anak ini telah bersetuju 100 peratus dan berasa sangat gembira. Dan langkah seterusnya ialah untuk memberitahu Sebastian dengan berita gembira yang akan mengubah keseluruhan kehidupannya menjadi lebih baik.

Kredit : Viral TRND / Facebook

Keluarga Barkey kemudian menghubungi Sebastian menerusi perbualan video dengan membuat tanda berbahasa Latin yang dipegang oleh setiap ahli keluarga dan menunjukkannya kepada Sebastian satu persatu. Dalam setiap tanda itu, tertulis perkataan Latin bagi abang, adik perempuan, adik lelaki, ibu dan ayah.

Kredit : Viral TRND / Facebook

Apabila mereka bertanyakan soalan sama ada Sebastian sudi menyertai keluarga Barkey, dengan serta-merta wajahnya berubah menjadi sayu dan air matanya jatuh berderai. Satu ekspresi paling menyentuh hati dan tangisan gembira daripada seorang anak yang tidak pernah menerima kasih sayang keluarga yang sebenar. Menjadi saat paling indah dan begitu asli lagi mengharukan.

Kredit : Viral TRND / Facebook

Kini, kehidupan Sebastian lebih bahagia setelah tinggal bersama keluarga Barkey di Amerika Syarikat. Keluarga ini telah mewujudkan satu tabung bagi membiayai kos yang tinggi melibatkan pengambilan anak angkat luar negara. Adik beradik Barkey berasa sangat gembira menerima ahli baru dalam keluarga mereka. Sebastian berhak menjadi abang dan adik mereka buat selama-lamanya.

Kredit : JoBen Barkey / Facebook

Lihat video saat menyentuh hati apabila Sebastian mendapat tahu dia akan menjadi sebahagian daripada keluarga Barkey.

Kredit : Viral TRND / Facebook

Sumber : Viral TRND / Facebook , Inspiremore

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds