Sebut sahaja kucing pasti sudah terbayang di fikiran anda tentang haiwan yang manja dan juga aktif ini.

Mana tidaknya, kucing adalah haiwan yang sering memberi reaksi pada perkara yang berlaku di sekeliling mereka.

videoPlayerId=cfce7f7e1

Ad will display in 09 seconds

Reaksi kucing kadangkala sukar dijangka. Ada kucing yang mudah terkejut apabila disergah, ada kucing yang mudah takutkan sesuatu perkara dan ada juga kucing yang mempunyai sifat yang melucukan.

Contohnya ialah kucing di dalam video ini. Kucing ini dilihat menggerakkan ekornya ke kanan dan ke kiri tanpa henti.

Rupa-rupanya kucing ini sedang meniru pergerakan jam dinding yang berbentuk seperti kucing yang berada di hadapannya.

Apabila diperhatikan kucing ini seperti mengalami hipnosis kerana kucing ini tekun melihat jam dinding tersebut tetapi dalam masa yang sama menggerak-gerakkan ekornya.

Pemilik kucing yang bernama Deividas mendapati kelakuan kucing peliharaannya itu sungguh comel lalu merekodnya.

Tonton aksi kucing yang cuba meniru pergerakan jam dinding tersebut. Anda pasti terhibur!

Era Baru

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular

Ad will display in 09 seconds