KAGOSHIMA – 17 penduduk dilaporkan cedera dan 386 penerbangan terpaksa dibatalkan akibat taufan Trami yang melanda pulau Okinawa dengan kelajuan 217 kilometer sejam.

Taufan yang melanda bahagian selatan Jepun sejak Sabtu lalu itu juga dijangka akan terus melanda seluruh Jepun sehingga Isnin ini (1 Oktober 2018).

Kredit: Japan Today

Menerusi imej kejadian taufan yang disiarkan di kaca televisyen menunjukkan dahan-dahan pokok berterbangan dan tumbang sekali gus menghalang laluan jalan raya utama Naha selepas ditiup angin kencang. Taufan ini turut mengakibatkan ombak kuat serta hujan lebat melanda seluruh pulau tersebut.

Menurut laporan stesen penyiaran NHK, hampir 700 penduduk telah selamat dipindahkan ke pusat penempatan di Okinawa. Bekalan elektrik ke lebih 200,000 kediaman juga terpaksa ditutup buat sementara waktu sehingga keadaan menjadi reda.

Kredit: Malaysia Gazette

“Sekurang-kurangnya 386 jadual penerbangan ke barat Jepun sudah dibatalkan,” memetik laporan NHK.

17 individu di Okinawa dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala beberapa buah rumah turut rosak namun tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan sehingga kini.

Kredit: Sinar Online

Sementara itu menurut pegawai dari pejabat pengurusan bencana Okinawa iaitu Motoki Minei, “Jumlah mangsa dijangka meningkat kerana kami masih mengumpul maklumat. Justeru, kami menggesa penduduk supaya sentiasa berhati-hati ketika taufan melanda.”

Kredit: Japan Tomo/Facebook

Sumber: Japan TodayBH OnlineHarian MetroJapan Tomo/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds