JAKARTA – Satu kejadian gempa bumi kuat berukuran 7.7 skala Richter dilaporkan berlaku di Sulawesi, Indonesia yang turut mengakibatkan tsunami di kawasan pantai Palu pada petang semalam (28 September 2018).

Menerusi video daripada Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia, fenomena tsunami setinggi tiga meter itu dikatakan berlaku kira-kira jam 5.27 petang waktu Indonesia Timur setelah 22 minit gempa bumi melanda wilayah Kota Palu dan Donggala, Sulawesi Tengah.

Menurut Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG), Dwikorita Karnawati, gempa kuat tersebut telah mengakibatkan berlakunya kejadian tsunami pada ketinggian antara 50 sentimeter hingga tiga meter.

Kredit: AFP

“Setakat pukul 8 malam ini, BMKG mencatatkan sebanyak 22 kali gempa susulan dengan kekuatan antara 2.9 hingga 6.3 skala Richter selepas gempa kuat 7.7 skala Richter yang berpusat di timur laut Donggala pukul 5.02 petang tadi.”

Sementara itu menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat BNPB, Sutopo Purwo Nugroho, seramai 30 nyawa terkorban dalam insiden gempa dan tsunami itu manakala 12 lagi cedera selain berlaku banyak kemusnahan rumah penduduk dan juga gerai menjual makanan.

Kredit: AP

Bagaimanapun, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan secara langsung akibat kejadian gempa dan tsunami ini.

“Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan Besarnya di Jakarta dan Konsul Kehormat di Makassar telah berhubung dengan para pelajar Malaysia yang berada di sekitar Makassar bagi memastikan keselamatan mereka.”

Kredit: AFP

Jelas Sutopo, kerja-kerja memindahkan mangsa yang terlibat dalam bencana ini masih giat dijalankan dan pihaknya percaya akan berlaku gempa susulan pada bila-bila masa sahaja lagi.

Kredit: AP

Lapangan terbang utama di Palu turut ditutup buat sementara waktu sementara menunggu keadaan menjadi reda.

Kredit: Channel NewsAsia/Facebook

Sumber: News.com.auAstro AwaniKosmoChannel NewsAsia/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds