GUANGDONG – Jeruk kulit limau keluaran Jiabao jiuzhi chenpi yang dihasilkan dari negara China dan turut dipasarkan di Malaysia dikesan mengandungi kandungan plumbum yang tinggi.

Kredit: postimg.cc

Berdasarkan laporan daripada South China Morning Post pada 26 September yang lalu, pihak berkuasa Pentadbiran Negeri bagi Peraturan Pasaran telah menjalankan ujian ke atas beberapa sampel produk Jiabao jiuzhi chenpi dan mendapati produk-produk ini mengandungi sehingga lapan kali ganda logam toksik yang dibenarkan.

“Pemeriksaan ke atas produk itu dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada Mac dan Mei lalu.”

Kredit: Lowyat Forum

Menurut pemantau pasaran, hasil pemeriksaan yang dijalankan pada Mac lalu disahkan mengandungi kandungan plumbum tujuh kali ganda lebih tinggi daripada kadar yang ditetapkan. Kemudian, pemeriksaan pada bulan Mei pula mendapati sebanyak enam kali ganda lebih tinggi.

Mengikut piawaian pihak berkuasa China, kandungan plumbum yang dibenarkan dalam produk makanan seharusnya tidak melebihi daripada kadar satu miligram (mg) bagi setiap kilogram (kg).

“Ujian pertama menunjukkan kadar lapan miligram bagi setiap satu kilogram manakala yang kedua menunjukkan kadar 6.69 miligram bagi setiap satu kilogram.”

Kredit: Emaze

Walaupun plumbum merupakan bahan semula jadi, ianya boleh berubah menjadi toksik sekiranya diambil dalam jumlah yang banyak dan boleh menjejaskan sistem tubuh manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa plumbum boleh mendatangkan bahaya khususnya kepada golongan kanak-kanak kerana ia boleh menyerang bahagian otak dan sistem saraf sekali gus mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti koma, sawan dan maut.

Kredit: Google

Bagaimanapun, menurut Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), produk jeruk kulit limau keluaran Jiabao Jiuzhi Chenpi yang terlibat dalam isu ini tidak diimport ke Malaysia.

Namun sebagai langkah berjaga-jaga, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) akan meningkatkan pemantauan terhadap semua jenis jeruk buah kering di semua pintu masuk negara.

Sumber: BH OnlineKetua Pengarah Kesihatan, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds