Secara tradisinya, ramai yang berfikir bahawa hukuman denda atau penggantungan kanak-kanak yang bermasalah untuk duduk di atas lantai dan bermeditasi mungkin tidak kelihatan seperti idea yang terbaik. Ramai yang berpendapat bahawa kanak-kanak bermasalah perlu diberi hukuman setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada mereka.

Tetapi Sekolah Rendah Robert W. Coleman di Baltimore, Maryland menggunakan kaedah atau strategi tersebut iaitu dengan menyuruh pelajarnya yang bermasalah untuk bermeditasi dan hasilnya sangat memberangsangkan. Sejak ia dimulakan 2 tahun lepas, tiada seorang pun pelajar sekolah rendah tersebut yang digantung daripada persekolahan, lapor Upworthy.

Kredit: Education Inspire Change

Keputusan sekolah untuk memberi tumpuan kepada meditasi sebagai alternatif kepada menggantung pelajar yang bermasalah daripada persekolahan mungkin menjadi kunci kejayaan mereka. Ia bukan sahaja dikenakan kepada pelajar yang bermasalah, bahkan ia kini menjadi sebahagian daripada aktiviti atau program selepas waktu persekolahan.

Daripada mendenda kanak-kanak untuk berdiri di luar bilik darjah atau menghukum, mereka sebaliknya dibawa ke ‘Mindful Moment Room’. Dijalankan dengan kerjasama badan amal tempatan Holistic Life Foundation, kaedah tersebut terbukti memberi kesan yang baik kepada kanak-kanak dan pelajar.

Kirk Philips, penyelaras Holistic Me sekolah, berkata: “Ia luar biasa. Anda tidak akan berfikir bahawa anak-anak kecil akan bermeditasi dalam diam. Dan mereka melakukannya dengan sempurna. ‘

Sekolah ini perlu menjadi contoh kepada sekolah lain. Hukuman dan denda yang lapuk perlu diubah selaras dengan peredaran zaman. Banyak sekolah sedang mencuba pemikiran holistik seperti ini, dan ia menghasilkan hasil yang luar biasa. Tonton video di bawah:

Untuk yang berminat terhadap meditasi boleh mengetahui lanjut di SINI.

Sumber: Education Inspire Change/Facebook, Education Inspire Change

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds