PUTRAJAYA – Malaysia mungkin menjadi negara pertama di Asia yang akan meminda undang-undang bagi menghalalkan penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan. Kabinet telah memulakan perbincangan tidak formal untuk mengkaji semula nilai marijuana dari segi perubatan.

Dalam temuramah bersama Bloomberg, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A Xavier Jayakumar mendedahkan kabinet telah memulakan perbincangan tidak formal dalam menimbang semula nilai yang terdapat dalam dadah organik tersebut yang juga dikenali sebagai ganja atau kanabis, dari segi pindaan undang-undang yang berkaitan.

Kredit :  New Straits Times

Dengan menyebut ubat-ubatan berasas marijuana telah disahkan pengunaannya di sisi undang-undang di beberapa buah negara, Dr. Xavier menambah dadah tersebut harus dibenarkan untuk kegunaan bagi tujuan perubatan.

Menurut Dr. Xavier, “Pada pandangan peribadi saya, sekiranya ia mempunyai nilai khasiat dari segi perubatan, maka dadah ini boleh menjadi bahan kawalan yang mungkin boleh digunakan oleh Kementerian Kesihatan bagi tujuan preskripsi.”

Kredit : Marijuana

Kajian dan laporan oleh Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Kebangsaan Amerika Syarikat menyatakan marijuana atau kanabis memberi kesan yang amat efektif dalam merawat penyakit kronik, termasuk menghilangkan rasa loya dan muntah di kalangan pesakit kanser yang menjalani rawatan kimoterapi. Ia juga mampu merangsang selera makan pesakit AIDS serta mengurangkan ketegangan dan kesakitan pesakit sklerosis berbilang.

Walau bagaimanapun, Dr. Xavier mengakui untuk mendapatkan sokongan ramai akan perkara ini mungkin akan menjadi cabaran paling besar, oleh kerana Kementerian Kesihatan masih tidak mendapat bukti yang meyakinkan akan nilai khasiat sebenar marijuana dari segi perubatan.

Kredit : The Post and Courier

Dr. Xavier memberitahu Bloomberg, “Ia akan mengambil sedikit dorongan dan cara meyakinkan apabila topik ini dibincangkan.”

Malaysia mengamal polisi tiada toleransi berkaitan penyalahgunaan dadah, dengan kesalahan pengedaran dadah dikenakan hukuman mati seperti di Indonesia dan Filipina. Tambahan, undang-undang sedia ada hanya memberi takrifan dengan perbezaan kecil antara dadah organik seperti marijuana dan dadah berat seperti kokain.

Perdebatan hangat akan kegunaan marijuana bagi tujuan perubatan timbul apabila seorang lelaki berusia 29 tahun telah didapati bersalah dan dijatuhi hukuman mati atas kesalahan memiliki, memproses dan mengedar minyak kanabis bagi tujuan perubatan.

Kredit :  Intan Nur Elliana Zakaria / New Straits Times

Di bawah peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952, seorang individu yang ditangkap memiliki 200 gram atau lebih dadah jenis kanabis atau ganja boleh didakwa atas tuduhan mengedar dadah, yang membawa hukuman mati mandatori.

Muhammad Lukman, telah ditahan pada tahun 2015 atas kesalahan memiliki tiga liter minyak kanabis dan 279 gram kanabis yang dimampat.

Kredit : Change.org

Perkara ini mendapat perhatian Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah yang berikrar akan menulis dan membuat rayuan kepada Peguam Negara untuk mendapatkan pengampunan bagi Muhammad Lukman. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meminta supaya kes ini dipertimbangkan semula.

Malaysia tidak bersendirian di kalangan negara Asia dalam menyatakan hasrat menghalalkan marijuana bagi tujuan perubatan.

Kredit :  Prachatai

Dengan melihat perkembangan di negara Australia, Jerman, United Kingdom, Kanada dan beberapa negeri di Amerika Syarikat, Bloomberg melaporkan Kementerian Kesihatan Awam Thailand juga sedang cuba meyakinkan kerajaan untuk meluluskan kajian berkaitan dadah organik dengan harapan mereka boleh membangunkan sektor perubatan berasas marijuana mereka sendiri.

Melihat perkembangan ini, Dr. Xavier menegaskan Malaysia juga boleh membenarkan penggunaan marijuana bagi tujuan perubatan. Akan tetapi, bagi tujuan perubatan sahaja, dan bukan bagi tujuan sosial yang disalah guna.

Sumber : Bloomberg, SAYS

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds