KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan arahan untuk memberhentikan penjualan tiga jenis produk keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B yang disyaki menyebabkan bahaya kepada kesihatan pengguna iaitu Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar.

Kredit: mStar

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) mendapati syarikat terbabit tidak wujud. Hasil analisis sampel produk turut disahkan mengandungi dua bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983 iaitu dexamethasone dan prednisolone.

Kredit: Ketua Pengarah Kesihatan

“Semua peniaga termasuk peniaga dalam talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta jualannya dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan”.

Jelas Hisham lagi, kedua-dua bahan terlarang itu merupakan steroid poten yang sering digunakan bagi merawat masalah pembengkakan serta radang yang serius.

Kredit: Ketua Pengarah Kesihatan

“Penggunaan kedua-dua bahan itu secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom crushing”.

Kredit: Ketua Pengarah Kesihatan

Terdahulu, seorang wanita di Singapura telah maut setelah mengamalkan produk minuman jus buah dari Malaysia yang disyaki mengandungi steroid. Mangsa dikenali sebagai Titinlismawati dilaporkan mengamalkan minuman berkenaan setiap hari selama enam bulan.

Kredit: Sinchew

Pengguna produk ini disarankan agar segera mendapatkan khidmat nasihat serta rawatan dari perunding kesihatan. Bagi pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama, anda diminta untuk tidak menghentikan penggunaannya secara drastik sebaliknya sila dapatkan nasihat serta rawatan daripada doktor.

Untuk sebarang pertanyaan berhubung isu keselamatan makanan, anda boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri berdekatan atau KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my/ atau Facebook BKKM http://www.facebook.com/bkkmhq.

Sumber: Ketua Pengarah Kesihatan MalaysiamStar

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds