SINGAPURA – Seorang wanita berusia 28 tahun dilaporkan maut setelah mengamalkan minuman jus buah berwarna ungu yang dipercayai mengandungi bahan steroid pada 22 September yang lalu.

Menurut laporan Sinchew, mangsa yang dikenali sebagai Titinlismawati telah mengamalkan minuman jus buah dari Malaysia itu setiap hari selama enam bulan. Mangsa yang mengalami sakit kaki akibat gout mula meminum jus buah berkenaan setelah mendapati ianya mampu melegakan kesakitan pada kakinya.

Kredit: Sinchew

Malah menurut bapa mangsa yang berusia 61 tahun, “Saya juga pernah meminum jus buah itu sebanyak sekali atau dua kali dan kesakitan terus hilang. Saya tidak percaya ianya begitu mujarab dan bimbang jika jus itu mengandungi bahan yang kuat.”

Pada 20 September yang lalu, Titinlismawati telah mengadu mengenai kesakitan pada bahagian belakang kepada keluarga dan segera berjumpa dengan doktor pada keesokan hari.

“Doktor beritahu ia adalah disebabkan oleh gastroenteritis (jangkitan virus dan bakteria pada saluran pencernaan). Dia terus memakan ubat tetapi pada jam 11 pagi selepas pulang ke rumah, dia mula mengalami masalah pernafasan dan sesak nafas,” tambah bapa mangsa.

Gambar hiasan

Kredit: Cook For Your Life

Titinlismawati telah ditemui di dalam biliknya dalam keadaan berpeluh selain sukar untuk bernafas. Bapa mangsa segera memberikan rawatan pernafasan mulut ke mulut (CPR) sementara abangnya terus menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan perubatan. Pada ketika itu, nadi mangsa mulai lemah dan setelah setengah jam berada di bilik rawatan kecemasan, mangsa dilaporkan meninggal dunia.

Tambah bapa mangsa lagi, “Doktor tanya jika kami mahu terus selamatkan nyawanya kerana jika berjaya, otak Titinlismawati mungkin mati. Kami tekad dengan keputusan untuk menyelamatkannya namun gagal. Dia meninggal dunia pada jam 9 malam.”

Sampel jus buah berkenaan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat dan didapati produk yang dibeli dari sebuah kedai di Geylang, Singapura itu sebenarnya dikilangkan di Malaysia.

Hasil siasatan mendapati produk jus buah tersebut telah ditarik balik dari pasaran setelah diharamkan sejak tahun lalu. Selain itu, pada 9 Jun 2018, negara Brunei turut mengambil tindakan mengharamkan produk berkenaan setelah mendapati jus buah itu mengandungi Dexamethasone iaitu corticosteriod kuat yang menyebabkan peningkatan paras gula dalam darah.

Kredit: Health Units

Secara tidak langsung, pengambilan jus buah ini turut akan menyebabkan beberapa komplikasi penyakit lain seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, katarak dan masalah otot serta tulang.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Brunei, produk yang diharamkan di pasaran adalah seperti berikut:

  • Jus Sunnah Gold 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Al Sunnah 1001 Khasiat Jus Alternatif (Malaysia)
  • Jus Penawar 1001 Khasiat Jus Alternatif Resdung (Malaysia)
  • Herba Saraf Pil
  • Proven Capsule 350mg (Perancis)
  • Royal Café (Malaysia)

Kredit: ANNX

Bagaimanapun, produk jus buah yang diambil oleh Titinlismawati masih belum diketahui dan disahkan.

Sumber: World of Buzz, Sinchew

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds