Sementara kebanyakan negara membelanjakan wang yang banyak dalam melakukan latihan memperkemas pertempuran dan operasi tentera, terdapat pasukan tentera elit sesetengah negara yang tidak perlu membelanjakan wang yang banyak dalam mengadakan latihan pertempuran.

videoPlayerId=6547041f6

Ad will display in 09 seconds

Rakaman video yang akan anda saksikan menunjukkan dua anggota tentera memanjat bangunan secara tangkas seperti berjalan di dalam taman, dengan hanya menggunakan kayu atau buluh panjang seperti galah.

Ini merupakan satu latihan operasi dan pertempuran tentera yang mengejutkan dengan mempraktikkan cara bukan konvensional, apabila dua anggota tentera dilihat memanjat bangunan menggunakan kayu atau buluh yang panjang seperti sebatang galah yang biasa kita gunakan.

Sambil dua anggota tentera yang lain memegang dengan kuat dan mengemudi hujung batang galah yang panjang itu, tentera ini dengan segera memegang hujung galah yang satu lagi sambil memanjat bangunan dengan tangkas dan cepat.

Rasanya produksi filem aksi Hollywood juga masih belum memikirkan teknik tempur dan gerak gempur seperti ini.

Melihat cara dua anggota tentera ini memanjat dan memasuki bangunan itu dengan pantas menggunakan sebatang galah yang panjang amat mengagumkan dan wajar diberi pujian.

Pasti kita berasa amat kagum dengan ketangkasan tentera ini dan mulut sendiri akan ternganga tanpa sedar apabila melihatnya.

Bagaimana mereka dapat melakukan aksi ini dengan begitu mudah sekali?

Era Baru

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds