Kes pembuangan bayi kini semakin meruncing di Malaysia mahupun di dunia ini. Oleh sebab itu, masyarakat perlu tahu tentang kewujudan baby hatch yang telah diwujudkan di negara ini bagi menangani jenayah tersebut.

Tindakan membuang bayi adalah perbuatan yang kejam dan terkutuk. 

videoPlayerId=541798ce8

Ad will display in 09 seconds

Sekiranya ada yang terlanjur lalu tidak dapat atau tidak mampu menjaga bayi yang dilahirkan, sila hantar ke baby hatch. Jangan membuang anak yang tidak bersalah itu.

Seorang wanita yang memiliki hati yang mulia ini dengan rasa bertanggungjawab tampil untuk menjaga bayi yang kurang bernasib baik.

Beliau membesarkan dan menjaga 50 bayi yang kurang bernasib baik seperti anak-anaknya sendiri. Beliau mencurahkan kasih sayang yang tidak terhingga kepada bayi-bayi tersebut.

Sekiranya anda berasa penat dengan menjaga anak kecil anda, cuba tonton video ini dan anda akan mengagumi wanita ini apabila beliau dengan rela hati membantu untuk menjaga dan membesarkan bayi-bayi yang ditinggalkan tanpa mengharapkan sebarang balasan.

Bayi yang baru dilahirkan dan kekurangan kasih sayang daripada ibu bapa mereka hidup bersama di rumah wanita tersebut, diasuh oleh seorang ibu yang berhati mulia.

Walaupun membesar tanpa susu ibu, bayi-bayi tersebut perlu bersyukur kerana dijaga oleh seorang ibu yang sangat berhati mulia.

Jika beliau tidak menjaga mereka, kita tidak tahu apa nasib yang akan dihadapi oleh mereka.

Era Baru

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds