Pada Mac 2017 yang lalu, Andrea telah diminta untuk hadir ke mahkamah bagi satu kes saman parkir yang tidak berbayar sejak bertahun-tahun yang lalu. Sebaik sahaja berada di dalam bilik mahkamah bersama Hakim Frank Caprio, Andrea diberitahu bahawa dia tidak membayar saman parkir sejak tahun 2004 lagi.

Namun begitu, Andrea menyatakan bahawa dia langsung tidak menyedari bahawa saman yang dikenakan ke atas dirinya itu wujud. Bagaimanapun, Hakim Mahkamah menyatakan:

“Tidak kira sama ada anda tahu kewujudannya atau tidak, saman itu telah diletakkan pada kenderaan anda.”

Namun Andrea bertuah kerana dakwaan saman parkir bertarikh 12 ke 13 tahun yang lalu itu telah digugurkan memandangkan pihak mahkamah tidak memperoleh sebarang rekod sebagai bukti untuk mendakwa Andrea.

Kemudian. Hakim Caprio menukar topik dan menyebut tentang lima saman parkir terbaru yang Andrea terima sejak tahun yang lalu. Kesemua saman itu dilaporkan berlaku di Jalan Friendship yang terletak di mahkamah bandar tersebut.

Kredit: For Lack Of A Better Title

Andrea yang kesedihan terus menceritakan kepada mahkamah tentang apa yang telah berlaku kepada dirinya selama satu tahun.

Jelas Andrea, anak lelakinya telah terbunuh pada Mac tahun 2016. Setelah kematian anaknya, Andrea menerima satu lagi berita buruk apabila pihak kerajaan negeri telah memotong cek keselamatan sosialnya kerana mendiang mempunyai hutang sebanyak RM310.

Oleh demikian, Andrea telah menuju ke pejabat keselamatan sosial bagi menyelesaikan perkara tersebut. Sebaliknya, dia menerima satu lagi saman parkir ketika berada di sana.

Pada tahun yang sama, Andrea telah diusir dari kediamannya dan dipaksa untuk menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah tersebut. Namun, lebih malang lagi, sebaik sahaja Andrea meninggalkan bangunan mahkamah itu, Andrea telah menerima satu lagi saman parkir!

Dalam satu lagi insiden, Andrea telah meletakkan kenderaannya di tepi jalan dan segera berlari ke dalam sebuah kedai kopi bagi mendapatkan wang pertukaran untuk membayar parkir meter. Sebaik sahaja kembali ke keretanya, Andrea terkejut apabila dia telah ‘dihadiahkan’ dengan satu lagi saman parkir yang diletakkan pada bahagian cermin hadapan.

Kredit: The Moorestown Sun

Andrea menjelaskan bahawa dia mengalami kesulitan dari segi kewangan kerana perlu melangsaikan baki wang pengebumian anaknya, melunaskan segala saman parkir yang diterima di samping berpindah ke apartmen yang baharu.

Selain terpaksa menanggung beban kewangan yang tinggi, Andrea turut menyatakan bahawa dia kini sedang menjalani rawatan anti kemurungan memandangkan kematian anaknya telah membuatkan ibu ini berasa ‘kosong dan sunyi’.

Orang kata Tuhan tidak akan memberi dugaan yang kita tidak mampu tanggung tapi sebenarnya Dia akan menduga kita sehingga ke tahap tertentu. Jika kita berjaya melalui kehidupan tanpa sebarang masalah, kita tidak akan pernah PERLU bergantung kepada Tuhan sekali gus tidak berpeluang untuk merasai pengalaman yang mendekatkan diri kita kepada-NYa.

Malah, kita perlu sentiasa ingat bahawa Tuhan sentiasa bersama-sama kita namun apabila Tuhan memutuskan untuk ‘memunculkan diri’, masanya amat tepat. Tuhan sering muncul apabila kita benar-benar memerlukan-Nya, bukan apabila kita benar-benar mahukan sesuatu.

Kredit: Whec

Nampaknya, Tuhan telah mendengar luahan isi hati Andrea. Setelah mendengar kisah wanita ini, Hakim Caprio berasa amat simpati kepada wanita itu. Beliau bersetuju untuk mempertimbangkan kisah sedih yang dialami oleh Andrea dan menurunkan kadar saman kepada hanya RM206 sahaja.

Andrea turut sempat mengucapkan rasa syukurnya dan memaklumkan bahawa dia akan melangsaikan bayaran saman tersebut pada hari kejadian. Bagaimanapun, Hakim Caprio dapat merasakan bahawa Andrea mungkin tidak akan mempunyai wang lebihan untuk meneruskan kehidupannya setelah membayar saman berkenaan.

Beliau bertanya kepada Andrea:

“Berapa baki wang yang anda jika anda membayar saman sebanyak RM206 ini?” Andrea menjawab, “RM20.”

Sebaik sahaja mendengar jawapan Andrea, Hakim Caprio mengambil keputusan untuk menggugurkan kesemua dakwaan terhadap ibu yang malang dan kesedihan itu. Beliau tidak sampai hati untuk membiarkan wanita ini keluar dari mahkamah dengan baki wang yang sedikit.

Kredit: Breeze Successful

Sikap empati yang dimiliki oleh Hakim Caprio sememangnya memberi inspirasi buat kita semua. Ia juga membuktikan bahawa Tuhan mengetahui apa yang dilalui oleh hamba-Nya dan akan sentiasa membantu ketika diperlukan.

Kredit: Md Waliul Islam Sojib/Facebook

Sumber: Faith ItMd Waliul Islam Sojib/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds