PUTRAJAYA – Bermula 1 Januari 2019, Kementerian Wilayah akan mengharamkan semua premis perniagaan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan juga Labuan yang menjual makanan dan minuman untuk menyediakan penyedut minuman plastik.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan, pihak berkuasa akan memberikan tempoh masa sehingga tahun 2020 untuk mendidik masyarakat terutamanya para peniaga tentang bahaya produk plastik sebelum melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang.

Kredit: Convenience Store News

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan produk berasaskan biodegradasi iaitu beg plastik dan bekas makanan ke atas peniaga yang didapati melanggar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.”

Pelaksanaan penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan itu turut dihadiri oleh wakil pengeluar produk biodegradasi dan Yayasan Wilayah Persekutuan menjadi pengedar produk berkenaan khusus untuk peniaga dan penjaja kecil.

Kredit: The Star

Sehingga kini, hanya McDonald’s dan IKEA sahaja yang menyahut inisiatif murni itu dengan tidak menyediakan penyedut minuman kepada para pelanggan. Langkah ini bertujuan mengurangkan pencemaran sekali gus memulihara alam sekitar.

Kredit: Kosmo

Terdahulu pada 27 April 2016, Kementerian Wilayah Persekutuan telah melaksanakan langkah penggunaan produk biodegradasi memandangkan produk berasaskan plastik seperti plastik pembungkus makanan dan polisterina boleh mengakibatkan ancaman kesihatan.

Kredit: Siakap Keli

Oleh demikian, pihak kementerian memutuskan untuk memasukkan larangan penggunaan penyedut minuman plastik itu sebagai salah satu syarat permohonan dan pembaharuan lesen perniagaan.

Sumber: KosmoUtusan Online, World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds