Seorang aktivis pencinta haiwan bernama Alix Livingstone yang merupakan seorang vegetarian telah merakamkan satu video yang menunjukkan dirinya sedang memeluk seekor anak lembu yang akan disembelih sedang menangis.

Video menyayat hati ini dirakamkan di dalam rumah sembelihan di Victoria, Australia yang telah dicerobohi oleh gadis ini dan rakan-rakan aktivisnya yang lain sebagai sebahagian misi menyelamatkan anak lembu tersebut.

Alix yang memasuki rumah sembelihan itu tanpa izin telah merantai diri bersama anak lembu dengan para aktivis lain juga berbuat demikian, atas harapan anak-anak lembu ini akan dilepaskan.

Alix telah cuba mengadakan rundingan selama beberapa jam dengan pemilik rumah sembelihan untuk melepaskan dua ekor anak lembu berusia 30 hari yang telah dipisahkan daripada ibunya, tetapi mereka enggan berbuat demikian.

Pemilik rumah sembelihan telah memintanya beredar secara sukarela dari rumah sembelihan tersebut, sebelum mereka akan menghalaunya secara paksa jika Alix masih enggan beredar.

 

Alix cuba menenangkan anak lembu ini yang sedang ketakutan sambil menangis, dan gadis ini bertindak dengan memeluk dan mengusapnya. Selepas Alix beredar, dua ekor anak lembu termasuk yang dibelainya itu telah disembelih pada hari itu.

Alix yang menjadi vegetarian selama dua tahun berkata, tindakannya memasuki dan menyiasat ladang dan rumah sembelihan sebagai tujuan memberi kesedaran kepada orang ramai akan nasib yang dilalui oleh haiwan yang akan dikorbankan.

 

Kebanyakan anak lembu tidak dapat diselamatkan, tetapi ada juga yang berjaya dilepaskan, dan Alix berpeluang membelai serta menenangkan haiwan ini dan menghabiskan masa bersamanya.

Katanya, “Saya dapat mengenali haiwan ini sebagai individu, dan amat menyedihkan setelah mengetahui nasibnya apabila mereka tidak dapat diselamatkan.”

 

Tambahnya lagi, “Memakan sayur tidak akan menyakitkan makhluk hidup lain di dunia, dapat menunjukkan perasaan belas kasihan kepada mereka dengan memahami pelbagai perasaan yang dialami. Haiwan juga tahu menderita, merasai kasih sayang dan berasa gembira.”


Sumber : UNILAD

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds