AUSTRALIA – Enam jenama strawberi di Australia dipercayai tercemar dengan jarum jahit dan pin. Hal ini membuatkan pihak berkuasa Australia diarahkan untuk menarik semula pengeluaran produk strawberi di pasar raya. Para petani juga diminta untuk membuang buah berkenaan walaupun di tengah kemuncak musim terpaksa dilakukan.

Kredit: Joshua Gane/Facebook

Kes yang pertama dilaporkan berlaku di Queensland sebelum tersebar ke negeri lain seperti New South Wales, Victoria, the Australian Capital Territory, Australia Selatan dan Tasmania.

Kesemua jenama strawberi berkenaan telah ditarik balik dari pasaran iaitu Berry Obsession, Berry Licious, Love Berry, Donnybrook Berries, Delightful Strawberries dan juga Oasis.

Menurut Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt, beliau telah mengarahkan siasatan lanjut dijalankan oleh Penguatkuasa Keselamatan Makanan di Australia dan juga New Zealand.

Kredit: Queensland Strawberry Growers Association

“Ini satu jenayah kejam dan juga serangan terhadap orang ramai,” kata Greg.

Bagaimanapun, suspek yang bertanggungjawab menyebabkan kejadian ini masih belum dapat dikenalpasti. Bagaimanapun, kerajaan negeri Queensland telah menawarkan ganjaran sebanyak RM297,000 kepada mana-mana individu yang mempunyai maklumat untuk membantu siasatan.

Sementara itu, dua rangkaian pasar raya terbesar New Zealand mengambil keputusan untuk menghentikan pesanan strawberi Australia meskipun Kementerian Perusahaan Utama New Zealand mengesahkan strawberi yang berada di pasaran tidak tercemar dengan sebarang jarum.

Kredit: Joshua Gane/Facebook

Terdahulu, seorang lelaki telah dikejarkan ke hospital selepas termakan sebiji strawberi yang mempunyai jarum di dalamnya. Bagaimanapun, para peladang dan juga pihak polis berpendapat kes-kes yang direkodkan di kawasan lain berkemungkinan besar hanya laporan palsu.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah melancarkan pemeriksaan ke atas semua buah strawberi yang diimport dari Australia di pintu masuk negara.

“Pihak berkuasa Australia memberi jaminan bahawa berkuatkuasa semalam (19 September 2018), produk tersebut yang akan dieksport dari Australia bebas daripada pencemaran logam melalui pengeluaran perakuan permit kepada pengeksport.”

Kredit:  Ahmad Irham Mohd Noor/New Straits Times

Tambah Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, “Dalam hal ini, pihak kementerian bekerjasama rapat dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia berkaitan isu ini.”

Kredit: NowThis Politics/Facebook

Sumber: BH OnlineAstro AwaniUtusan OnlineNowThis Politics/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds