Seorang pengurus premis produk minuman dari Ningbo, Zhejiang di China telah dipecat dengan serta-merta gara-gara tidak membalas mesej yang dihantar oleh majikannya.

Berdasarkan laporan TVBS, pada 2 Julai lalu, pekerja wanita yang dikenali sebagai Wang itu dikatakan telah tamat waktu bekerja dan sedang berada di rumahnya. Ketika itu, majikannya telah menghantar satu pesanan ringkas sekitar jam 10.23 malam dan meminta Wang untuk menghantar laporan pendapatan semasa bulanan.

Kredit: ET Today

Dalam pesanan tersebut, majikan Wang turut sempat menghantar kata-kata ugutan dan memberi amaran bahawa Wang akan dipecat jika tidak membalas mesej tersebut dalam tempoh 10 minit. Pada ketika itu, Wang sudah pun lena dibuai mimpi dan tidak membaca mesej yang dihantar majikannya itu.

Berpegang pada janjinya, majikan Wang telah menghantar satu lagi mesej yang menyatakan bahawa dia telah memecat Wang kerana Wang tidak membalas mesej dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Keesokan paginya apabila Wang bangun dari tidur, dia sangat terkejut mengetahui dirinya telah dipecat hanya kerana tertidur. Namun begitu, Wang berpendapat bahawa majikannya mungkin tidak sengaja berkata demikian. Jadi, Wang tetap pergi bekerja seperti biasa.

Kredit: Line Today

Bagaimanapun, Wang telah dikejutkan sekali lagi dengan kenyataan bahawa dirinya benar-benar telah dipecat atas alasan yang tidak munasabah itu. Malah, syarikatnya juga enggan membayar gaji Wang yang ditungga bulan lepas.

Tidak berpuas hati dengan kejadian itu, Wang memutuskan untuk mengupah peguam bagi menegakkan keadilan. Selepas meneliti kes tersebut, pihak peguam mendapati bahawa syarikat tersebut telah menyalahgunakan beberapa kuasa mengikut undang-undang buruh di China.

Kredit: Market Watch

Malah, Wang juga sebenarnya tidak perlu memberi sebarang respon kepada mesej daripada tempat kerjanya setelah tamat waktu bekerja. Jika pihak syarikat tetap meminta Wang untuk menyelesaikan sesuatu tugasan selepas tamat waktu bekerja, Wang harus dibayar gaji kerja lebih waktu atau overtime.

Kes telah dibawa ke muka pengadilan dan mujur, Wang memenangi kes tersebut dan telah diberikan pampasan sebanyak RM10,800.

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI

Video Popular

Ad will display in 09 seconds