Tahukah anda cara dan budaya makan anda yang dikira normal selama bertahun-tahun itu ada sesetengahnya merupakan perkara larangan dan biadab di beberapa negara di dunia. Jika anda sudah biasa menabur sedikit lada sulah dan garam ke dalam makanan yang sudah dimasak dan terhidang, sebenarnya ia adalah satu perkara yang akan mengguris perasaan masyarakat di beberapa negara. Maka anda perlu mengenali budaya makan dan mimum mereka sebelum berkunjung ke negara tersebut.

Di bawah adalah 8 peraturan makan yang pelik dan tidak disangka ketika anda sedang makan dan minum di luar negara.

8. Hidangan minuman teh hanya dituang separuh cawan untuk tetamu yang dialu-alukan di Dubai dan Kazakhstan.

Kredit :  Depositphotos   / Depositphotos

Di Dubai dan Kazakhstan, teh akan dituang separuh cawan atau kurang kepada tetamu yang diundang, supaya tetamu tidak berasa tuan rumah mahu mereka beredar dengan segera. Dengan menuang separuh cawan teh, tetamu akan berasa diri mereka dialu-alukan dan tuan rumah mahu berbual lebih panjang dengan mereka. Sekiranya cawan teh anda dituang teh dengan penuh oleh tuan rumah, maka segeralah anda beredar dari rumah tersebut.

7. Teko teh yang bersih adalah teko teh tanpa jiwa di China.

Kredit : China.org.cn

Di China, warganya tidak membasuh teko teh dengan sabun pembasuh. Mereka membasuhnya dengan pasir khas. Ini merupakan tradisi mereka untuk membawa jiwa kepada teko teh. Membasuh teko teh dengan sabun yang berkimia akan ‘membunuh’ jiwa dan kehidupan teko teh tersebut.

6. Sekiranya anda meminta tambahan keju, maka anda telah menghina seorang cef di Itali. 

Kredit :  Depositphotos   /Depositphotos

Kita pasti akan meminta keju yang lebih apabila memakan pizza atau pasta . Namun di Itali, walaupun makanan itu berasal dari negara ini, jangan sesekali anda meminta keju tambahan apabila sedang memakan pizza atau pasta di sana. Kerana anda telah menghina seorang cef yang telah bersusah payah menyediakan pizza atau pasta untuk anda, tetapi anda mahu menukarnya.

5. Jangan meminta garam dan lada sulah di Portugal dan Mesir.

Kredit : Fine Art America

Sekiranya anda meminta garam dan lada sulah di Portugal dan Mesir, anda akan mengguris perasaan orang di sana. Mereka menganggap ia seperti anda ingin menyampaikan yang hidangan tukang masak tidak berperisa dan tidak sedap, maka anda dilihat seperti mahu ‘menyelesaikan’ tugas tukang masak mereka.

4. Jangan menggunakan garfu di Thailand.

Kredit :  Depositphotos   / Depositphotos

Menggunakan garfu untuk makan di Thailand dianggap sebagai satu tabiat buruk. Anda boleh menggunakan garfu sebagai penolak makanan ke sudu di atas pinggan tetapi tidak boleh menggunakannya ketika menyuap makanan.

3. Sekiranya anda sukakan sesuatu hidangan lazat di China, jangan makan sehingga pinggan menjadi licin.

Kredit :  Depositphotos   / Depositphotos

Jika kita sukakan sesuatu hidangan yang lazat, kita akan makannya sehingga habis dan licin. Tetapi di China, adalah tidak sopan sekiranya anda menghabiskan kesemua makanan yang sedap itu. Ia seperti menandakan tuan rumah tidak menghidangkan cukup makanan dan para tetamu masih berasa lapar. Jadi, sekiranya anda sudah memuji seorang tukang masak atau tuan rumah yang hidangan mereka sangat lazat, tinggalkan sedikit sisa makanan itu di dalam pinggan.

2. Etika meminum teh di Great Britain.

Kredit : jornaldebrasilia.com.br

Ramai yang sudah tahu tradisi meminum teh di Great Britain bermula pada jam 5 petang. Tetapi ramai yang tidak tahu cara orang British meminum teh. Pertama sekali mereka akan menuang susu. Kedua, mereka akan meminum teh apabila ia sudah sejuk, bukan masih panas. Ketiga, mereka mengacau teh dengan lembut tanpa bunyi dari tengah cawan teh.

1. Berhati-hati menggunakan penyepit makanan di Jepun.

 

Kredit :  Depositphotos   / Depositphotos

Di Jepun, anda dilarang sama sekali meletakkan penyepit makanan secara menegak di dalam mangkuk nasi. Menurut tradisi, mereka hanya meletak penyepit makan secara menegak semasa upacara kematian. Sekiranya anda membuat perkara ini di dalam restoran, bermakna anda telah menghina cef dan pemiliknya.

Anda juga dilarang menggunakan penyepit makanan apabila memberi makanan kepada orang lain. Semasa upacara pengebumian, penyepit digunakan untuk mengalihkan tulang dari abu mayat yang telah dibakar.

Anda terasa pelik bukan? Tetapi bagi masyarakat di negara-negara ini , ia merupakan satu tradisi dan budaya, maka kita semua perlu menghormatinya apabila berada di negara mereka.

Sumber : Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds