Ingat lagi cabaran Ramen pedas yang menjadi ikutan tidak terlalu lama dahulu? Itu bukanlah cabaran yang sihat untuk dilakukan secara biasa, terutamanya jika anda mempunyai perut yang lemah! Seorang suami baru-baru ini berkongsi di laman Facebook tentang bagaimana isterinya telah mengalami sakit perut yang amat selepas makan ramen pedas hampir setiap minggu. Insiden ini berlaku tiga tahun yang lalu tetapi hanya diposkan pada 15 September 2018 sebagai peringatan bagi para netizens.

Sumber: Munchies

Inilah yang ditulis oleh suami. “Isteri saya menghabiskan seluruh mangkuk tanpa meminum seteguk airpun dan dia berkata ia tidak pedas sama sekali. Saya memang kagum dengannya. Pada akhirnya, dia mengalami sakit perut yang amat menyakitkan dan RM10,000 telah dibelanjakan pada satu malam untuk memasukkan kamera ke dalam perutnya untuk mengenal pasti punca perutnya sakit.” Suaminya mengatakan bahawa kamera dan imej sinar-X kedua-duanya menunjukkan luka pada lapisan usus yang dikaitkan dengan pengambilan makanan yang sangat pedas.

Sumber: Menshealth

Untuk pengetahuan anda, ramen yang dimaksudkan adalah 2 kali lebih pedas daripada asal. Walaupun luka itu kecil, ia berbahaya kerana usus sentiasa basah dan sukar untuk sembuh pada waktu terdekat.

Sumber: Wake Up World

Beberapa fakta juga mengatakan bahawa pedas boleh menyumbang kepada peningkatan rembesan asid dan mengurangkan ketahanan menghalang gastritis mukosa yang seterusnya merosakkan dinding perut. Tetapi tidak dapat dinafikan bahawa ramen pedas amat lazat dan mendatangkan ketagihan untuk dimakan.

Perlu diingatkan juga, tidak semestinya lidah anda boleh menahan pedas dan perut anda juga boleh menahannya. Anda harus mengambilnya mengikut kadar yang sederhana.

Sumber: World of BuzzOtad Al Miko/Facebook

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds