Thailand merupakan negara yang sangat indah dan dekat pula dengan Malaysia. Hal ini menjadikan ia merupakan antara destinasi popular rakyat Malaysia untuk bercuti. Namun, buat mereka yang bakal berkunjung ke sana tidak lama lagi, anda perlu membuat persediaan. Hal ini kerana Thailand kini mengalami peningkatan kes denggi pada tahun ini.

Kredit: Thai Blogs

Laporan baru-baru ini merekodkan kes denggi di Bangkok terutamanya telah mencecah lebih 5,899 kes dan 5 kematian. Menurut Chiang Rai Times, pesakit yang mengalami demam denggi berjumlah 52,670 orang daripada 7 Januari hingga 8 September 2018 di mana 69 daripada pesakit meninggal dunia.

Pihak pengurusan bandaraya Bangkok juga ada mendedahkan bahawa daerah Nong Chok, Huai Khwwang, Bang Kapi dan Klong Samwa mencatatkan peningkatan kes dengan pantas. Daerah Nong Chok pula mempunyai bilangan pesakit terbanyak kerana dipercayai bahawa nyamuk Aedes lebih banyak di sana ekoran hujan lebat dan masalah perparitan.

Kredit: Workpoint News

Datuk bandar Bangkok, Asawin Kwanmuang berkata peningkatan kes denggi pada tahun ini disebabkan oleh perubahan iklim yang mengakibatkan taburan hujan lebat di kawasan berkenaan. Walau bagaimanapun, bagi mengatasi masalah peningkatan nyamuk aedes, Jabatan Kawalan Penyakit telah menjalankan kerja-kerja membasmi nyamuk beserta jentik-jentik, selain meningkatkan kesedaran orang ramai akan penyakit tersebut dan membina pusat operasi di seluruh negara bagi kerja-kerja penyelarasan kesihatan.

Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Mathipoj Chatamaetheekul, meramalkan kes pada tahun ini akan menjadi seperti rekod tahun lepas di mana jumlah kes denggi tertinggi iaitu sebanyak 9,368 buah kes dan 6 orang dilaporkan maut. Walaupun risiko kematian disebabkan oleh denggi ini agak tipis namun anda dinasihatkan agar dapatkan nasihat doktor jika berasa tidak sihat. 

Sumber: World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL KESIHATAN

Video Popular

Ad will display in 09 seconds