Taufan Super Mangkhut melintasi Hong Kong dan bergerak ke China selepas mengakibatkan kemusnahan yang dahsyat serta meragut sekurang-kurangnya 64 nyawa dan ramai yang hilang di Filipina.

Membawa angin selaju lebih 200 kilometer sejam, ribut itu dianggap yang paling kuat pernah melanda Hong Kong tahun ini, menyamai taufan Kategori 5 di Lautan Atlantik. Bandar itu mungkin tidak mencatatkan sebarang kecederaan serius tetapi masih mengalami kerosakan yang teruk dan perlu mengambil masa beberapa hari untuk pulih sepenuhnya.

Kredit: Guardian News/Youtube

Pihak berkuasa Hong Kong mengeluarkan amaran taufan tahap 10, susulan Taufan Mangkhut yang melanda bandar itu dengan kelajuan angin melebihi 230 ki­lometer sejam dan mengakibatkan lebih 100 orang cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Kredit: Channel NewsAsia/Youtube

Ketika taufan berkenaan me­lalui selatan Hong Kong, po­kok terputus dua dan jalan raya terhalang, manakala ting­kap blok menara pecah dan bangunan pencakar langit bergegar. Kerajaan mengeluarkan ama­ran kepada penduduk supaya tidak keluar dari rumah.

 

View this post on Instagram

 

Force of nature. No messing. #wow #nature #typhoon #typhoonmangkhut

A post shared by Wowist (@wowtitude) on

Kredit: wowtitude/Instagram

Video mengenai kemusnahan yang melanda disebabkan oleh kelajuan angin ribut 250 ki­lometer sejam (155 mph) di Hong Kong dan tanah besar China  muncul di media sosial tempatan.

Kredit: sarataseer/Twitter

Pengguna Twitter menyiarkan rakaman video hujan lebat dan angin ribut yang memusnahkan pokok dan struktur bangunan.

Kredit: HighlandPaddyHK/Twitter

Bangunan pencakar langit kelihatan bergegar dengan blok ting­kap menara pecah dan melayang dibawa angin ribut. Beberapa jalan raya di­teng­gelami air paras pinggang de­ngan beberapa kawasan bandar raya terputus hubungan akibat banjir dan pokok tumbang.

Kredit: MattBossons/Twitter

Kredit: paulmozur/Twitter

Sepanjang hari, responden kecemasan hotline 999 telah dibanjiri dengan panggilan oleh penduduk yang terjejas. Para penyelamat memberi respon kepada penduduk lebih dari dua belas kejiranan di kawasan pesisir pantai yang rendah dinaiki oleh banjir paras pinggang.

Di Hong Kong, lebih 200 orang dibawa ke hospital untuk rawatan, sementara 17 dilaporkan cedera di Macau.

Kredit: hongkongmomslife/Instagram

 

View this post on Instagram

 

#typhoonmangkhut #typhoon #china #guangdong #台风 #山竹 #中国 #广东 #gym

A post shared by 谭仲荣 (@didimaomiao) on

Kredit: didimaomiao/Instagram

Kredit: jeffielam/Twitter

Kredit: jenzhuscott/Twitter

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang memaklumkan 889 penerbangan telah ditangguhkan atau dibatalkan. Jalan dan terowong terjejas dengan pokok yang tumbang dan sampah, pembersihan besar-besaran telah bermula di Hong Kong.

Sementara itu, tunggakan penerbangan 889 yang dibatalkan mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan, menurut Pihak Berkuasa Lapangan Terbang.

Sumber: Next Shark

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular

Ad will display in 09 seconds