KUALA LUMPUR – Pada 18 September yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan kematian seramai 19 orang mangsa setelah meminum minuman keras adalah berpunca daripada keracunan metanol.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya telah menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 45 kes berlaku di Selangor manakala enam lagi di Kuala Lumpur dengan tiga mangsa merupakan rakyat tempatan dan selebihnya merupakan warga asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh dan juga India.

Kredit: Malay Mail

Tambah Hisham lagi, seramai 14 pesakit kini berada dalam keadaan kritikal, sembilan masih mendapatkan rawatan dan sembilan lagi telah dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan di hospital.

“Jumlah kes dijangka meningkat apabila lebih ramai pesakit datang mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol.”

Beberapa hari lalu, ramai mangsa mula menunjukkan simptom keracunan metanol seperti muntah, sakit perut, loya, sakit kepala, penglihatan menjadi kabur, sesak nafas sebelum pengsan dalam tempoh lapan hingga 12 jam selepas meminum tiga jenis minuman keras.

Tiga produk minuman keras berkenaan adalah Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky dan juga KingFisher Beer. Bagaimanapun, hanya arak jenama Grand Royal Whisky sahaja yang disahkan mengandungi metanol.

Kredit: Utusan Online

“Kini pihak kami mengambil sampel produk minuman beralkohol jenama lain untuk dibawa ke makmal bagi tujuan analisis.”

Jelas Hisham lagi, pihak KKM telah membuat laporan polis bagi mengenal pasti pengedar, pengilang minuman serta punca keracunan agar tindakan menyekat pembekalan sebatian minuman keras beracun ini dapat dilakukan.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol tidak mematuhi Akta Makanan 1983 terutama ke atas produk minuman beralkohol disyaki dan semua jenama lain yang didapati tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.”

Kredit: Astro Awani

Berdasarkan laporan Astro Awani, di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 menetapkan mana-mana orang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber: Astro AwaniBH Online, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds