PASIR MAS – Seluruh penduduk Kampung Tok Sangkut, Meranti dikejutkan dengan berita penangkapan seekor ikan patin gergasi seberat 150 kilogram di Sungai Lubok Jong.

Ikan gergasi berkenaan dilaporkan ditangkap oleh penduduk kampung sekitar jam 1 pagi (17 September) sebelum dijual.

Menurut salah seorang penduduk kampung dikenali sebagai Mohd Ghazali Daud, 62 tahun, dia bersama-sama dengan penduduk kampung lain sering menjadikan sungai berkenaan sebagai lubuk untuk ikan air tawar.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama ikan patin bersaiz gergasi itu berjaya dinaikkan ke darat.

“Malam tadi, saya bersama penduduk kampung memasang candik (sejenis pukat) di tebing sungai. Tidak lama kemudian, kami terkejut apabila melihat candik yang dipasang menjerat seekor ikan yang bersaiz agak besar”.

Tambah Ghazali lagi, “Dengan bantuan beberapa penduduk, kami cuba menarik candik itu ke tepi sungai menggunakan tali dan mengambil masa satu jam. Kami dapati ikan patin seberat 150 kg berjaya ditangkap”.

Berikutan itu, ramai penduduk kampung mula bergotong-royong untuk menyiang ikan berkenaan yang dijual pada harga RM15 sekilogram.

Ghazali memaklumkan bahawa sebanyak 120 kg ikan itu telah pun terjual manakala selebihnya diagihkan kepada penduduk kampung yang membantu menangkap ikan tersebut.

Sumber: BH OnlineHarian Metro

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI NASIONAL

Video Popular

Ad will display in 09 seconds