Seorang pemuda dan keluarganya tinggal di sebuah ladang yang menternak ayam daging dan telur. Selepas berjaya menternak ayam, mereka membuat keputusan untuk menetaskan telur lain selain daripada telur ayam.

Dan pemuda ini melihat di eBay, terdapat telur Emu untuk dijual. Akibat berasa ingin tahu, pemuda ini membuat sedikit penyelidikan bagaimana memelihara burung Emu, dan akhirnya empat biji telur burung Emu telah dibeli dengan peratus kebarangkalian telur ini akan menetas ialah sebanyak 50%.

Beza telur Emu dan telur ayam. Berat telur Emu adalah 14 kali ganda daripada telur ayam yang biasa.

Kredit : George Osgood / Instagram

Malangnya antara empat biji telur Emu, hanya satu biji sahaja yang subur dan dapat menetas. Dan ini adalah rupa burung Emu bertuah tersebut, dalam keadaannya yang lemah dan pemuda tersebut tidak pasti berapa lama burung ini akan dapat bertahan.

Kredit : George Osgood / Instagram

Walaupun gagal mempertahankan empat biji telur Emu untuk menetas kesemuanya, sekurang-kurangnya satu ekor burung Emu dapat hidup dengan baik akhirnya.

Kredit : George Osgood / Instagram

Pemuda ini dan keluarganya menamakan burung ini Paul walaupun jantinanya yang sebenar ialah burung Emu betina. 

Kredit : George Osgood / Instagram

Kredit : George Osgood / Instagram

Kira-kira dua minggu selepas menetas, Paul telah mengikut tuannya mengembara ke selatan kerana tiada siapa di rumah yang dapat menjaganya. Pertama kali dapat berjalan, Paul amat teruja dan keletahnya menghiburkan.

Kredit : George Osgood / Instagram

Ketika Paul berusia enam minggu, bulunya yang baru mulai tumbuh di leher dan lubang telinganya sudah kelihatan.

Kredit : George Osgood / Instagram

Selepas beberapa bulan, pemuda ini pulang bercuti dari universiti, dan Paul semakin membesar dengan jalur dan bintik-bintik putih dari leher dan kepalanya sudah mulai hilang serta warna bulunya pula menjadi semakin gelap.

Kredit : George Osgood / Instagram

Pada mulanya nyawa Paul dirasakan tidak panjang apabila burung Emu ini telah dijangkiti bakteria. Penyakitnya tidak diketahui sehingga pada satu hari, Paul tidak mahu makan dan minum. Lalu pemiliknya telah membawa Paul berjumpa doktor haiwan, dan syukur burung Emu ini dapat diselamatkan walaupun doktor berkata situasi kesihatannya agak teruk.

Kredit : George Osgood / Instagram

Selepas dua minggu keluar dari hospital haiwan, Paul dilihat semakin sihat. Nampaknya Paul telah berjaya melawan penyakit yang dihidapi walaupun pembesarannya sedikit terbantut selepas itu.

Kredit : George Osgood / Instagram

Kredit : George Osgood / Instagram

Paul yang riang!

Kredit : George Osgood / Instagram

Kini Paul semakin sihat dan sering menghabiskan hari bersama kumpulan ayam di ladang. Oleh kerana Paul bersendirian dalam spesiesnya, mungkin terdapat krisis identiti di sini.

Kredit : George Osgood / Instagram

Paul tidak pasti sama ada dia boleh dipanggil ayam, anjing atau orang, kerana Paul boleh bergaul dengan kesemuanya.

Kredit : George Osgood / Instagram

Hari terus berlalu, dan Paul pula semakin membesar. Bulu pada kepala dan lehernya secara beransur-ansur telah bertukar warna menjadi biru.

Kredit : George Osgood / Instagram

Apa yang pasti Paul si burung Emu betina akan membesar dengan pantas setiap hari, bulan dan tahun, sekiranya dia dapat hidup dengan sihat dan ceria seperti dalam imej ini.

Kredit : George Osgood / Instagram

Sumber : Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular

Ad will display in 09 seconds